Keputusan Final Piala Malaysia 2014

Final Piala Malaysia 2014

Keputusan FINAL Piala Malaysia 2014

Masa Penuh: Pahang 2-2 Johor DT

15′ Dickson Nwakaeme (Pahang)
31′ Jorge Pereyra Diaz (JDT)
34′ Luciano Figueroa – penalti (JDT)
71′ Dickson Nwakaeme (Pahang)

*69′ Saifulnizam Miswan (Pahang) dilayang kad merah

Penentuan Penalti: Pahang 5 – 3 JDT (Sepakan Norshahrul Idlan Talaha diselamatkan)

Keputusan Penuh: Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Pemain Terbaik Final: Safiq Rahim (JDT)

—————————

Pahang membuktikan kehebatan apabila menewaskan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas terikat 2-2 dalam perlawanan final yang berlarutan sehinga 120 minit.

Biarpun beraksi dengan 10 pemain selama hampir sejam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tok Gajah mempamerkan semangat juang tinggi untuk melakar kejayaan dengan Hafiz Kamal menyudahkan sepakan penalti kemenangan selepas sepakan penyerang Harimau Selatan Norshahrul Idlan Talaha diselamatkan Khairul Azhan Khalid.

Disaksikan 90,000 penyokong, segalanya bermula baik buat juara bertahan Pahang apabila berjaya mendahului permainan pada minit ke-14 menerusi jaringan Dickson Nwakaeme yang menanduk masuk bola sepakan percuma Azidan Sarudin.

Namun kegembiraan penyokong Tok Gajah tidak bertahan lama selepas penyerang import Johor DT dari Argentina Jorge Pereyra Diaz menjaringkan gol penyamaan di minit ke-30.

Gol itu seakan merentap semangat anak buah Zainal Abidin Hassan apabila giliran mereka pula ketinggalan selepas Luciano Figueroa menambah gol kedua Johor DT dengan menyempurnakan sepakan penalti susulan bola terkena tangan pemain pertahanan Pahang Razman Roslan dalam kotak penalti di minit ke-34.

Kontroversi tercetus pada minit ke-67 apabila pemain pertahanan Pahang Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah oleh pengadil Nagor Amir Noor Mohamed selepas mengasari Mohd Amri Yahyah.

Kehilangan seorang pemain membangkitkan semangat Tok Gajah apabila Nwakaeme menyamakan kedudukan pada minit ke-70 untuk kedudukan kembali terikat 2-2 dan kemudian mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kedua-dua pasukan masih buntu mencari gol kemenangan dalam aksi tambahan 30 minit memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Pahang mengatasi Johor DT 5-3.

Gol Pahang dijaringkan Mohd Razman Roslan, Damion Stewart, Shahrizan Salleh, Zesh Rahman dan Hafiz Kamal.

Gol Johor DT dijaringkan Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz dan Hariss Harun, manakala sepakan Norshahrul Idlan Talaha diselamatkan penjaga gol Pahang.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>