Kelantan bangkit, ATM catat kemenangan kedua

Kelantan vs Kedah Kelantan FA vs Kedah FA ATM FA vs Terengganu FA ATM FA vs Terengganu FA

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) merekodkan kemenangan kedua saingan Piala Malaysia Kumpulan B selepas menundukkan Terengganu, 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Dua gol skuad bimbingan B Sathianathan itu dijaringkan oleh Marlon Alex James pada minit ke-31 dan 74 manakala gol sagu hati pasukan pelawat dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie pada minit ke-76.

Pada perlawanan pertama Rabu lepas, ATM menewaskan Kedah 2-0 sekaligus muncul pendahulu Kumpulan B dengan enam mata penuh.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Kelantan bangkit daripada kekalahan kepada Terengganu pada Rabu lepas dengan mengalahkan Kedah, 2-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Penyerang Kedah, Muhd Khyril Muhymeen terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol pembukaan seawal minit keempat perlawanan sebelum pemain pinjaman dari Kuala Lumpur Mohd Afiq Azmi meledak dua gol pada minit ke-28 dan 46.

Kelantan dan Terengganu kini berkongsi tiga mata, namun kelebihan jaringan milik Skuad Penyu untuk berada di tangga kedua manakala Kedah masih belum memungut sebarang mata untuk menghuni tangga tercorot Kumpulan B.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

9 Responses to Kelantan bangkit, ATM catat kemenangan kedua

  1. Tahniah Kelate.. & Terima Kasih Kuala Lumpur kerana beri pinjam Afiq..

  2. Tahniah Kelate..
    Terima Kasih Kuala Lumpur kerana beri pinjam Afiq..

  3. Terima Kasih Kuala Lumpur kerana beri pinjam Afiq..

  4. hrpkn afiq je la

  5. Kan aku dh kata. Afiq patut dimasukkan awal masa lawan Terengganu lg. Terbukti apa yg aku ckp tu betul!

    • Y dah lepas biar shj lahh..dah nyata Tganu menang mlm tu..kalau Klntn main 11org mlm tu,gerenti kputusan bukan 2-0..

    • Yang kat luar memang juara bercakap dan komen. Bojan pecah kepala nak wat percaturan. Menang kalah adalah adat sukan.

  6. Peteh Ganu Peteh….Peteh sampai pengsan……..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>