Final Piala Malaysia: Siti jangka Pahang menang, Neelofa harap Kelantan juara

Kelantan vs Pahang 2013 Piala Malaysia

Siti: Pahang menang 3-1

Tok Gajah mengamuk. Begitulah gurauan penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Sebagai anak kelahiran Pahang Darul Makmur, Siti Nurhaliza meluahkan kegembiraan apabila ditanya pasukan manakah yang bakal memenangi Piala Malaysia 2013, Ahad ini.

Kegembiraan melihat pasukan negeri kelahirannya berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia amat dinanti-nantikannya.

Jelas Siti Nurhaliza, beliau meminati sukan bola sepak kerana ia menggabungkan pelbagai elemen berbeza menjadi satu.

“Saya memang meminati sukan bola sepak sejak di bangku sekolah lagi kerana ia menggabungkan elemen fizikal, kemahiran koordinasi dan juga kerja berpasukan.

“Selepas kali terakhir memenangi Piala Malaysia 21 tahun lalu, kini Pahang masuk ke peringkat akhir sekali lagi.

Biarpun ini kali pertama saya menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium saya jangka Pahang akan menang 3-1, insya-Allah,” katanya selepas majlis pelancaran produk CocoBelle dan Fastarck Tasty Energy Chocolate Bar dekat Bora Ombak di sini, semalam.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau, suami dan anak-anak akan ke Stadium Shah Alam, bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Neelofa harap Kelantan menang 3-0

Sementara itu sekalipun kurang meminati bola sepak, pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Noor Neelofa Mohd. Noor (gambar) tetap mengharapkan buah tangan istimewa dibawa pulang Red Warriors apabila menentang Pahang dalam final Piala Malaysia, Ahad ini.

Malah, artis jelita itu mengharapkan Kelantan akan menang besar 3-0, sekali gus menjulang Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

“Kalau hendak minta saya mengulas mengenai pasukan Kelantan atau perlawanan, saya bukan orang yang sesuai.

“Tetapi jika ditanya tentang harapan saya, sudah tentu sebagai anak jati Kelantan, saya mahu kemenangan berpihak kepada Red Warriors.

“Malah, saya harap Kelantan berkemampuan tumpaskan Pahang 3-0 di Stadium Shah Alam nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan peminat tegar bola sepak menanti perlawanan akhir hujung minggu ini, anak jati Pasir Mas, Kelantan itu amat mengharapkan pertemuan membabitkan dua pasukan dari pantai timur itu dapat berlangsung dalam suasana aman.




coded by nessus

4 Responses to Final Piala Malaysia: Siti jangka Pahang menang, Neelofa harap Kelantan juara

  1. KELANTAN 3-1 PAHANG………INSYA-ALLAH!!!!

  2. siti gi tengok tak

    • ala siti pegi tgk pun dia leh masuk free grandstand dkt ngn kerabat lagi. Kita ni apa ada. Nak dapat 1 tiket pun macam mangsa tsunami.hmm

  3. xda obinna mudah la pahang nak score
    Pahang score 3 bijik… kelate makan telor cicih budu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>