Azamuddin pemain terbaik final Piala Malaysia

Pahang Juara Piala Malaysia 2013
Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Tiada sebarang perkataan yang dapat dizahirkan oleh pemain terbaik perlawanan akhir, Mohd. Azamuddin Akil selain menganggap ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila dapat membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia tahun ini.

Sepanjang bergelar pemain Pahang, anak watan Kuala Lipis ini tidak menyangka aksi pertamanya dalam perlawanan akhir membawa tuah bagi menghadiahkan kejayaan bermakna kepada Tok Gajah.

”Saya tidak tahu hendak cakap apa, sepanjang lapan tahun saya bermain bola sepak bersama Pahang, inilah kejayaan paling manis saya pernah kecapi.

”Macam mimpi menjadi kenyataan dan saya semalam tidak boleh tidur malam memikirkan perlawanan akhir ini, saya benar-benar rasa gembira kerana kami telah menang.

”Paling membanggakan, ini adalah hadiah paling bermakna kepada Pahang dan hadiah ini saya tujukan kepada seluruh penyokong Pahang yang sentiasa tidak berbelah bahagi memberikan sokongan,” katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex menjadi perancang utama kepada gol kemenangan Pahang yang dijaringkan oleh penyerang import dari Argentina, Matias Conti pada minit ke-58.

Video Gol Matias Conti hasil umpanan Alex

Dalam masa sama, Alex membayangkan akan terus berbakti kepada Pahang dan masih belum puas dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia.

”Kontrak saya memang berakhir pada November ini dan masih belum bincang mengenai kontrak bersama Pahang untuk musim depan.

”Memang saya ada terima banyak tawaran dari pasukan lain dan saya akan perhalusi banyak perkara sebelum membuat keputusan.

”Cuma hati saya berat mengatakan mahu kekal lagi bersama Pahang dan ingin terus berbakti kepada negeri kelahiran saya,” katanya.

– Utusan

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

5 Responses to Azamuddin pemain terbaik final Piala Malaysia

  1. tpi jngan dilupa matyo permain terbaik malaysia…team jdt 2…lahirkan rmai lg bintang dimasadepan hidup jdt.

    • apa ko merepek ni labu..aku bekas player,aku org johor,tapi aku rasa yg bagus setakat ni piya..sebab dia player tgh,matyo penyerang,takda hantaran mampus dia nk dpt gol. lagi satu,aku rasa ko ni mesti baru2 ni g tgk bola utk johor. jdt2 tu team johor fa. org lama otai2 johor,lg iktiraf dan suka nama johor fa dari nama yg melalut skrg2 ni..jdt tu cuma kelab bola je takda apa title pun tak padan dgn johor fa..ko ni buta la.apa bintang yg lahir ko bgtau aku?sedut bintang adala bodoh..

      • masalahnya aku cakap penyerang bkn pemain tengah…aku yg mengarut ke kau yg mengarut…baca btol2 penyerang terbaik biar aku ulang lg sekali penyerang terbaik…piya pemain tengah bkn penyerang…sebelum hentam org 2 baca betol2 dlu ada faham.

        • Penyerang terbaik ke?aku rasa amri yahya lg baik tahun ni dari matyo. tahun ni bkn tahun matyo la. ko nk tau terbaik tu mcmana?aku ajar ko dlm bola utk dpt anugerah tiap tahun pertama yg ditgk dulu score sepanjang liga. sama mcm messi dgn ronaldo, ronaldo kalah sbb score messi lbh dari dia.striker org tak pandang dia terer gelecek ke ape,org tumpu pada score,gelecek tu biasa tugas bwh striker.ronaldo lg terer gelecek dari messi tp sbb apa dia kalah,sbb score sbgai striker. matyo score berapa?jgn kata amri yahya,bobby gonzalez lg better tahun ni. aku cakap realiti bkn saja2.silap2 letak piya striker pun dia leh score lg,sbb dia midfield pun leh goreng dari side dia.distand dia kat midfield tak pyh cakap lg jauh dari striker tentu lg kuat tenaga dia guna. overall jarak midfield main 90 minit 10km larian,compare striker distand 6km. so sapa lg bagus?

        • lg satu aku tak nmpk pun ko cakap pasal penyerang.ko cakap pemain terbaik malaysia. bodoh ke apa ko ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>