Profil Pasukan: Slovakia

June 9, 2010 by  

KEM Slovakia menerima suntikan semangat menjelang pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang akan membuka tirainya 11 Jun ini.

Ini kerana tonggak pertahanan, Martin Skrtel disahkan boleh beraksi selepas pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami ketika membantu Slovakia mencatat kemenangan 3-0 ke atas Costa Rica pada satu aksi pemanas badan.

“Kecederaan ini tidaklah serius dan hanya memerlukan beberapa hari sahaja untuk kembali pulih sepenuhnya,” jelas Skrtel.

Skrtel yang terpaksa dibawa keluar padang pada minit ke-16 sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan menyifatkan rakan-rakan sepasukannya yang lain telah mempamerkan persembahan konsisten sepanjang perlawanan tersebut.

“Saya berpeluang menyaksikan aksi pada babak kedua dan saya merasakan kami berjaya memuaskan hati semua penyokong-penyokong kami.

“Kemenangan pada perlawanan tersebut amat penting buat kami untuk dijadikan suntikan moral buat para pemain sebelum menghadapi Piala Dunia,” tambah Skrtel.. (LAGI INFO/PROFIL/SENARAI PEMAIN PASUKAN SLOVAKIA)

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!