Sepanyol 1 Portugal 0

June 30, 2010 by  

DAVID Villa menjaringkan gol tunggal dan keempat peribadi sepanjang kejohanan untuk membantu Sepanyol menang 1-0 ke atas Portugal dalam aksi pusingan kedua di Stadium Green Point, Cape Town sebentar tadi. [VIDEO GOL]

Penyerang Barcelona itu menolak masuk bola selepas percubaan awalnya melantun kembali selepas gagal ditangkap penjaga gol Portugal, Eduardo.

Kemenangan itu sekaligus membawa Sepanyol menempah pertemuan dengan Paraguay di peringkat suku akhir, awal pagi Isnin (4 Julai) nanti.

David Villa kini di landasan tepat untuk merebut gelaran penjaring terbanyak Piala Dunia 2010, bersaing dengan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain yang juga sudah menjaringkan empat gol. [SENARAI PENJARING GOL]

Penyerang Slovakia, Robert Vittek juga menjaringkan empat gol, namun pasukannya sudah pun terkeluar dari saingan Piala Dunia 2010. [FAKTA & STATISTIK PERLAWANAN]

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!