Perancis 1 Afrika Selatan 2
June 23, 2010 by admin
TUAN rumah, Afrika Selatan tersingkir dari saingan Piala Dunia 2010 namun mengakhiri aksi terakhir Kumpulan A dengan bermaruah apabila menewaskan bekas juara dunia 1998, Perancis 2-1 di Stadium Free State, Bloemfontein sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]
Afrika Selatan terpaksa menelan kepahitan apabila disingkir hanya menerusi perbezaan jaringan gol dengan pasukan tangga kedua, Mexico yang turut tewas aksi terakhir kepada Uruguay 0-1 di Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg.
Tuan rumah bermula baik apabila mendahului Perancis 1-0 pada minit ke-20 menerusi jaringan Bongali Khumalo.
Langkah Perancis bertambah sumbang apabila Yoann Gourcuff dilayang kad merah pada minit ke-25 selepas kekasaran ke atas pemain Afrika Selatan, Kheto ketika perebutan bola di udara.
Katlego Mphela menambah gol kedua buat Afrika Selatan pada minti ke-37 sebelum pemain gantian, Florent Malouda menyelamatkan air muka Perancis menerusi jaringan pada minit ke-70 yang juga gol sulung Perancis sepanjang kejohanan Piala Dunia 2010.
Uruguay muncul juara Kumpulan A dan akan bertemu naib juara Kumpulan B di pusingan kedua, manakala Mexico yang muncul naib juara akan bertemu juara Kumpulan B yang dijangka adalah Argentina di peringkat kalah mati.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!