Portugal 7 Korea Utara 0

June 21, 2010 by  

PORTUGAL mencipta rekod kemenangan terbesar Piala Dunia 2010 setakat ini apabila membelasah Korea Utara 7-0 dalam aksi Kumpulan G di Stadium Green Point, Cape Town sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Selepas berjaya membolosi satu gol pada babak pertama menerusi jaringan Raul Meireles pada minit ke-29, Portugal menunjukkan belangnya pada separuh masa kedua apabila menggegar gawang lawan sebanyak enam kali masing-masing menerusi Simao (minit ke-53), Hugo Almeida (minit-56), Tiago (minit ke-60,89), Liedson (minit ke-81) dan Cristiano Ronaldo (minit ke-87).

Pada perlawanan itu, bekas pemain terbaik dunia, Ronaldo berjaya menamatkan kemarau jaringannya selama lebih dua tahun di pentas antarabangsa.

Rekod jaringan tertinggi Piala Dunia 2010 sebelum ini direkodkan dalam perlawanan Kumpulan B antara Argentina dan Korea Selatan yang dimenangi pasukan Amerika Selatan 4-1.

Comments

One Response to “Portugal 7 Korea Utara 0”

  1. tito on June 22nd, 2010 9:48 am

    ayo portu hajar lawan-lawanmu.!!!

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!