Korea Selatan kejutkan Greece 2-0
June 12, 2010 by admin
WAKIL Asia, Korea Selatan memulakan kempen Piala Dunia 2010 dengan bergaya apabila menundukkan Juara Eropah 2004, Greece 2-0 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nelson Mandela sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]
Ia juga merupakan kemenangan pertama bagi saingan Piala Dunia di Afrika Selatan selepas dua perlawanan awal sebelum ini berkesudahan dengan keputusan seri.
Korea membuka jaringan menerusi Lee Jung Soo pada minit ke-7 yang berpunca daripada sepakan sudut. Jung Soo mudah menolak masuk untuk gol pembukaan Korea selepas pertahanan Greece gagal menghalang bola tendangan sudut dari sebelah kanan pintu gol mereka.
Pemain lincah Manchester United, Park Ji Sung memastikan tiga mata penuh menjadi milik mutlak Korea Selatan apabila berjaya menghukum kesilapan barisan pertahanan Greece pada minit ke-52.
Satu lagi perlawanan Kumpulan B membabitkan juara dua kali, Argentina menentang wakil dari Afrika, Nigeria bermula 10 malam ini.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!