England 0 Algeria 0

June 19, 2010 by  

KEMAMPUAN England untuk menjadi pencabar terkuat Piala Dunia 2010 kini mencetuskan persoalan apabila sekali lagi mempamer aksi mengecewakan selepas seri tanpa jaringan dengan Algeria dalam aksi Kumpulan C di Stadium Green Point, sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Dalam perlawanan itu England menurunkan David James sebagai penjaga golnya, bagi menggantikan Robert Green yang melakukan kesilapan pada perlawanan pertama.

Keputusan seri itu sekali gus membuka peluang buat keempat-empat pasukan Kumpulan C untuk mara ke pusingan kedua yang hanya dapat ditentukan pada perlawanan terakhir Rabu (23 Jun) ini.

Selepas dua perlawanan, Slovenia memimpin carta Kumpulan C dengan empat mata selepas seri 2-2 dengan Amerika Syarikat malam tadi.

Amerika Syarikat dan England masing-masing mengutip dua mata manakala Algeria di tangga keempat dengan satu mata.

England perlu menewaskan Slovenia pada perlawanan terakhir dengan jaringan yang besar untuk muncul juara Kumpulan C sambil berharap Amerika gagal menewaskan Algeria atau menang dengan jaringan yang kecil.

Comments

One Response to “England 0 Algeria 0”

  1. jerad_lempek on June 19th, 2010 8:57 am

    hahahaha padan muka ko england cakap beso.. patut england tak layak masuk world cup.. pemain england semua banyak skandal, apa nak heran gaji semua juta2, pi la england…………….

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!