Belanda atasi Denmark 2-0

June 14, 2010 by  

BELANDA, salah satu pasukan pilihan Piala Dunia 2010 bermula dengan langkah kanan selepas mengatasi cabaran pasukan sebenua, Denmark 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Soccer City, Johannesburg sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]

Bagaimanapun Belanda tidak memperoleh kemenangan dengan mudah apabila kekentalan benteng Denmark menyukarkan barisan depan skuad Oren untuk menembusi gawang lawan.

Namun segalanya mula berubah apabila kesilapan pemain tengah, Simon Poulsen yang cuba menanduk keluar hantaran tinggi Robin van Persie, sebaliknya bola terkena belakang Daniel Agger sebelum menerjah ke gawang sendiri pada minit pertama babak kedua.

Belanda menambah gol kedua menerusi jaringan pemain Liveropool, Dirt Kuyt pada minit ke-85 bagi membolehkan skuad Oren mengutip mata penuh dalam aksi pembukaan Kumpulan E itu.

Jepun dan Cameroon akan beraksi dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E malam ini.

Comments

One Response to “Belanda atasi Denmark 2-0”

  1. student ikip on June 15th, 2010 10:57 am

    hrap pas niey rkyat m’sia skong la psukan
    belanda..xpyah la skong brazil,england n spain..
    belanda ibarat orange malaysian………..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!