Prebiu: Portugal vs Brazil
June 25, 2010 by admin
PERTEMUAN antara Brazil dan Portugal pada aksi terakhir Kumpulan G malam ini bakal menjanjikan persembahan terbaik daripada kedua-dua pasukan.
Ini kerana Brazil dan Portugal perlu menang bagi mengelak bertemu Sepanyol yang dijangka muncul juara Kumpulan H pada saingan pusingan kedua nanti.
“Portugal dan Brazil memiliki apa yang diperlukan untuk mempersembahkan satu perlawanan yang hebat ke seluruh dunia,” kata jurulatih Portugal, Carlos Queiroz.
Maka tidak hairanlah apabila pertemuan kedua-dua negara yang mempunyai kaitan budaya dan sejarah itu menjadi antara perlawanan terawal yang tiketnya habis dijual.
Brazil dan Portugal juga cukup sinonim mempunyai kaitan terutama penggunaan bahasa Portugis selain tiga pemain Portugal merupakan kelahiran Brazil iaitu Deco, Liedson dan Pepe.
Namun, pertembungan dua bintang Real Madrid - Kaka yang juga perancang Brazil dan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo tidak menjadi kenyataan apabila Kaka digantung satu perlawanan selepas dibuang padang ketika Brazil menewaskan Ivory Coast 3-1.
Bagaimanapun pemain tengah Portugal, Tiago berkata, Brazil pastinya tidak akan menghadapi masalah besar untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Kaka itu.
“Brazil merupakan sebuah pasukan yang kuat. Mereka memiliki pemain lain yang mampu menggalas tugas Kaka,” kata Tiago.
Sementara itu, kemampuan Ronaldo menamatkan kemarau jaringannya sepanjang dua tahun ketika Portugal membelasah Korea Utara 7-0 sedikit sebanyak telah merisaukan kem Brazil.
“Tanpa ragu-ragu lagi, Ronaldo seorang pemain yang hebat dan dia sudah lama membuktikannya.
“Kami cuma perlu bertahan sebagai satu pasukan, saling membantu dan kekal fokus. Kami perlu beri tumpuan kepada pemain seperti Ronaldo dan juga pemain Portugal yang lain,” kata kapten Brazil, Lucio.
Brazil telah sah layak ke pusingan kedua manakala Portugal hanya memerlukan seri untuk layak. Namun, jika Portugal menang, mereka akan muncul juara Kumpulan G mengatasi Brazil.
Untuk rekod, dalam pertembungan terakhir kedua-dua pasukan, Brazil berjaya menewaskan Portugal 6-2 pada aksi yang berlangsung di Sao Paulo.
***
WALAUPUN tanpa Kaka, pertembungan Brazil dan Portugal pasti menjanjikan aksi menarik dengan masing-masing mahu mencari kemenangan dan mengelak berjumpa Sepanyol dalam kalah mati.
“Portugal dan Brazil harus berusaha untuk menunjukkan aksi terhebat bola sepak kepada dunia,” jelas jurulatih Portugal, Carlos Queiroz.
Tidak mengejutkan walaupun mempunyai persamaan budaya dan sejarah yang terikat, pertembungan Brazil dan Portugal merupakan pertemuan paling dinantikan.
Namun begitu, kemuncak pertemuan ini agak suram selepas Kaka dibuang padang pada minit ke-88 ketika menumpaskan Ivory Coast 3-1.
Kaka akan terlepas pertemuan bersemuka dengan rakan pasukannya dari Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Pemain tengah Portugal, Tiago pula berkata, Brazil tidak akan berdepan dengan masalah untuk mengisi kekosongan Kaka nanti.
“Brazil mempunyai skuad yang amat kuat. Mereka mempunyai pemain-pemain yang mampu berdiri sendiri di posisi yang ada,” jelasnya.
Portugal pula mempunyai Ronaldo yang kembali mendapat sentuhan.
Kemenangan Brazil menumpaskan Korea Utara dan Ivory Coast menjamin satu tempat di pusingan kedua.
Brazil kini mencari jalan untuk menjuarai Kumpulan G dan seboleh mungkin mahu mengelak pertembungan dengan pasukan pilihan, Sepanyol yang masih mencari tempat ke kalah mati.
mcm mana nak sokong dua dua aku minat
ni pyh ni