Belanda 1 Jepun 0
June 19, 2010 by admin
BELANDA di ambang ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Jepun 1-0 dalam aksi Kumpulan E di Stadium Moses Mabhida, sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]
Kemenangan kedua daripada dua perlawanan itu memastikan Belanda memungut enam mata untuk menduduki tangga teratas Kumpulan E, manakala Jepun kekal di tangga kedua dengan tiga mata.
Tidak banyak aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan pada babak pertama yang berlangsung agak hambar.
Sebaik babak kedua bermula, aksi bertenaga dipamerkan kedua-dua pasukan, namun Belanda lebih bernasib baik apabila rembatan kencang Wesley Sneijder pada minit ke-53 walaupun berjaya ditampan penjaga gol Jepun, Kawashima bola menerjah ke dalam gawang sendiri.
Gol itu membuka permainan antara kedua-dua pasukan apabila Jepun mula mengasak bagi mencari gol penyamaan dan disambut serangan balas pasukan Belanda.
Namun sehingga tamat ke waktu tambahan, percubaan kedua-dua pasukan gagal menambah jumlah jaringan dan Belanda berpuas hati dengan kemenangan tipis satu gol, sudah cukup buat skuad Oren untuk mendahului pasukan lain dalam Kumpulan E.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!