Profil Pasukan: Argentina

June 8, 2010 by  

NAMA penyerang Napoli, Ezequiel Lavezzi dan pemain pertahanan, Fabricio Coloccini, tiada dalam senarai 23 pemain pilihan Diego Maradona untuk ke Piala Dunia 2010.

Legenda bola sepak dunia itu tidak berminat untuk menyenaraikan dua pemain tersebut dalam senarai 23 pemain skuad Argentina, yang akan beraksi di Afrika Selatan.

Pemain sayap kanan Liverpool, Maxi Rodriguez iaitu rakan seangkatan Coloccini pada Piala Dunia 2006 di Jerman, dikekalkan.

Dia dijangka bertindak sebagai pemain sokongan kepada pemain Newcastle, Jonas Gutierrez.

Hanya satu-satunya pemain pertahanan yang kurang dikenali dalam skuad 23 pemain, iaitu Clemente Rodriguez dari Estudiante.

Kesemua pemain tersebut dilihat sebagai empat pemain pertahanan kepercayaan Maradona, bagi menggalas tugas di Afrika Selatan.

Argentina yang berada dalam Kumpulan B akan memulakan aksi pertama menentang Nigeria di Johannesburg, 12 Jun.

Sementara itu, pemain berpengalaman, Javier Zanetti yang mempunyai rekod 136 penampilan bersama skuad kebangsaan, tersingkir daripada skuad awal Maradona.

Pemain yang diberi kepercayaan untuk menggantikan tempat Zanetti dalam skuad kebangsaan Argentina adalah pemain pertahanan Colon berusia 30 tahun, Ariel Garce.

Pemain pertahanan Colon itu beraksi ketika Argentina menang 4-0 ke atas Haiti, 5 Mei lalu. Dia membuat dua penampilan di peringkat antarabangsa pada 2003.

Dalam pada itu, pemain tengah Palermo, Javier Pastore merupakan satu-satunya pemain dalam skuad tersebut yang tidak mempunyai pengalaman peringkat antarabangsa.

Dia dijangka akan berperanan sebagai pemain sokongan buat pemain perancang berusia 35 tahun, Juan Sebastian Veron.

Lionel Messi, Carlos Tevez, Gonzalo Higuain, Diego Milito dan Sergio Aguero adalah penyerang utama skuad pilihan Maradona pada Piala Dunia 2010.

Mengenai peluang Diego Milito, pemain yang menjaringkan dua gol ketika membantu Inter Milan muncul pemenang Liga Juara Juara pada perlawanan akhir menentang Bayern Munich, Maradona berkata, kehadiran pemain itu bakal menambah kekuatan serangan Argentina pada kempen Piala Dunia nanti.

Bagaimanapun, peluang yang terhad dalam skuad Argentina tidak memungkinkan Milito, yang menjaringkan 30 gol untuk Inter Milan disenarai dalam kesebelasan utama.

Maradona mungkin akan menurunkan tiga penyerang iaitu pemain Barcelona, Lionel Messi yang akan digandingkan dengan bintang Real Madrid, Gonzalo Higuain dan pemain Manchester City, Carlos Tevez.

Milito, pemain Atletico Madrid, Sergio Aguero dan bintang Boca Juniors, Martin Palermo berkemungkinan besar akan menghuni bangku simpanan.

Sebelum ini, Maradona pernah membuat kenyataan dia tidak akan mengetepikan Tevez, pemain paling popular di Argentina, daripada kesebelasan utama.

Dalam undian senarai pemain paling popular itu, Messi berada di tangga kelima. (LAGI INFO/PROFIL/SENARAI PEMAIN PASUKAN ARGENTINA)

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!