Argentina 3 Mexico 1

June 28, 2010 by  

ARGENTINA menepati ramalan ramai apabila berjaya melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Mexico 3-1 dalam aksi pusingan kedua di Stadium Soccer City awal pagi tadi. [LIHAT VIDEO]

Bagaimanapun perlawanan berkenaan tidak terlepas daripada dilanda kontroversi selepas pengadil membenarkan gol pertama jaringan Carlos Tevez yang jelas berada pada kedudukan ofside.

Tevez menanduk masuk umpanan Lionel Messi untuk Argentina mendahului 1-0 pada minit ke-26.

Namun ulang tayang menunjukkan Tevez dalam kedudukan ofsaid dengan tiada pemain pertahanan di antara beliau dan gawang ketika dia menanduk masuk pintu gol yang ternganga.

Gonzalo Higuain mengukuhkan kedudukan buat Argetina apabila berjaya menyumbat gol pada minit ke-33 sebelum Tevez mempamer kehebatannya menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti menjadikan kedudukan 3-0 buat skuad bimbingan Diego Maradona.

Mexico yang tidak berputus asa sepanjang perlawanan akhirnya memperoleh gol sagu hati hasil jaringan Javier Hernandez pada minit ke-71.

Argentina bakal menempah pertemuan suku akhir menentang Jerman 3 Julai depan. [JADUAL PENUH]

Kesebelasan Utama Argentina:

22 Sergio Romero
15 Nicolas Otamendi
2 Martin Demichelis
4 Nicolas Burdisso
6 Gabriel Heinze
20 Maxi Rodriguez
14 Javier Mascherano (K)
7 Angel Di Maria
10 Lionel Messi
9 Gonzalo Higuain
11 Carlos Tevez

Kesebelasan Utama Mexico:

1 Oscar Perez
5 Ricardo Osorio
2 Francisco Rodriguez
4 Rafael Marquez (K)
3 Carlos Salcido
16 Efrain Juarez
6 Gerardo Torrado
18 Andres Guardado
17 Giovani dos Santos
21 Adolfo Bautista
14 Javier Hernandez

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!