Amerika 1 Algeria 0

June 24, 2010 by  

AMERIKA Syarikat memerlukan jaringan pada minit-minit akhir perlawanan sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Algeria 1-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Loftus Versfeld, Pretoria sebentar tadi.

Kemenangan itu sekaligus membolehkan Amerika Syarikat muncul sebagai juara Kumpulan C dengan mengumpul lima mata daripada tiga perlawanan. [LIHAT JADUAL PENUH PUSINGAN KEDUA]

England yang menewaskan Slovenia juga 1-0 dalam satu lagi aksi, turut mempunyai mata yang sama, namun terpaksa akur sebagai naib juara Kumpulan C berdasar perbezaan jurang gol.

Dalam aksi di Pretoria, Amerika Syarikat memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Landon Donovan pada masa kecederaan.

Algeria yang mengharapkan kemenangan berada di tangga terbawah Kumpulan C dan mengikut jejak langkah tiga pasukan benua Afrika iaitu Cameroon, Afrika Selatan dan Nigeria yang tersingkir dari kejohanan lebih awal.

Ini bermakna hanya Ghana dan Ivory Coast yang masih meneruskan saingan dan menjadi sandaran Afrika untuk melihat wakil mereka beraksi di pusingan kalah mati.

Ia adalah prestasi yang kurang memberangsangkan apabila Piala Dunia berlangsung di benua Afrika buat pertama kali.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!