Afrika Selatan 0 Uruguay 3
June 17, 2010 by admin
TUAN rumah Piala Dunia 2010, Afrika Selatan kini berdepan ranjau untuk mara ke pusingan kedua selepas dikejutkan Uruguay dengan kekalahan 3-0 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Loftus Versfeld, awal pagi tadi. [LIHAT VIDEO]
Uruguay mendahului 1-0 menerusi Diego Forlan yang meledakkan tendangan kencang dari jarak 25 meter untuk menewaskan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune, pada minit ke-24 sebelum tamat separuh masa pertama.
Pada minit ke-80, Uruguay dianugerahkan sepakan penalti dan Forlan sekali lagi menyempurnakan peluang itu dengan merembat kencang ke arah sebelah kanan atas pintu gol lawan.
Manakala gol ketiga Uruguay dijaringkan Alvaro Pereira pada minit kelima tambahan masa kecederaan.
Perlawanan kedua kumpulan A yang berlangsung awal pagi tadi turut menyaksikan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune dibuang padang selepas didakwa menjatuhkan pemain Uruguay di dalam kotak penalti.
Uruguay kini sudah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan kumpulan itu, manakala Afrika Selatan hanya mempunyai satu mata dan perlu menewaskan Perancis Selasa depan bagi memastikan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kejohanan Piala Dunia 2010.
Jika tidak Afrika Selatan akan mencipta sejarah sebagai negara penganjur Piala Dunia pertama gagal melepasi peringkat kumpulan.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!