Sultan Ahmad Shah terima Anugerah Berlian Asia

Posted by on Nov 25, 2011 | Leave a Comment

Sultan Ahmad Shah terima Anugerah Berlian Asia

MANTAN Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Sultan Ahmad Shah menerima anugerah tertinggi AFC iaitu Anugerah Berlian Asia pada majlis anugerah badan bola sepak itu di sini, kelmarin.

Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyandang jawatan Presiden AFC dari 1994 hingga 2002. Semasa di bawah pentadbiran baginda, Asia berjaya memperoleh tempat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA.

Baginda merupakan individu kedua di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi dalam bola sepak Asia itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya bertugas sebagai Presiden AFC selama lapan tahun dan itu adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Saya amat terharu dan gembira menerima penghormatan sebegini di hadapan rakan-rakan saya dalam bola sepak.

“Saya mengabadikan hidup saya kepada bola sepak, dan Berlian Asia membawa maksud yang istimewa buat saya. Ia adalah satu kebanggaan menerima menerima anugerah ini.

“Biar saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Eksekutif AFC dan memuji kerja baik yang mereka lakukan.

“Masa depan Asia dan kami tidak boleh berehat sehingga kami merealisasikan mimpi ini,” kata Sultan Ahmad Shah.

Baginda adalah individu ketujuh menerima anugerah berprestij itu selepas Saburo Kawabuchi (2005), Joseph Sepp Blatter (2006), Lennart Johannson (2007), Ken Naganuma (2008), General Farouk Bouzo (2009) dan Najib pada 2010.




Related posts

coded by nessus

Leave a comment