Sultan Ahmad Shah pertahan jawatan Presiden FAM?

Presiden FAM enggan letak jawatan

Agenda belum selesai alasan untuk terus kekal berkuasa dalam FAM

Misi yang belum selesai bakal mendorong Sultan Ahmad Shah untuk bertanding di Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-50 bagi mempertahankan jawatan presiden badan induk itu, pada 25 Mei depan.

Selepas 30 tahun menerajui badan induk bola sepak tanah air itu, beliau masih lagi mendapat kepercayaan ahli gabungan apabila dicalonkan untuk bertanding merebut kerusi tertinggi itu bersama dua lagi calon iaitu anaknya yang juga Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sehingga kini selepas tempoh pencalonan berakhir bulan lalu, ketiga-tiga calon ini termasuk Sultan Ahmad Shah masih belum menyatakan pendirian sama ada menerima pencalonan itu atau menarik diri.

Bagaimanapun menurut sumber dalaman FAM, Sultan Ahmad Shah dijangka bertanding untuk terus mengekalkan kedudukannya bagi penggal 2014/18 kerana masih ada beberapa agenda yang belum diselesaikan termasuk pembinaan ibu pejabat baru FAM di Putrajaya.

“Buat masa ini Tuanku (Sultan Ahmad Shah) masih belum membuat keputusan, tapi minatnya terhadap bola sepak cukup mendalam. Selain usaha pembangunan, keutamaan Tuanku ketika ini adalah untuk membina ibu pejabat baru FAM yang serba moden dan lengkap dengan kemudahan di Putrajaya.

– Harian Metro

Related Posts

5 Responses to Sultan Ahmad Shah pertahan jawatan Presiden FAM?

  1. FAM adalah sebahagian dari jajahan takluk aku. Siapa menderhaka akan ku pijak2….

  2. Macamana lagi lah nak bagi dia ni sedar ketdak mampuan baginda untuk naikkan bola Malaysia

    Download Fifa Worldcup Schedule in Excel
    http://brazil2014.iphykir.com/dir/?p=40

  3. Salam. Sebaiknya beri Lah pada muka baru pula utk jawatan tertinggi fam. Sudah lama berkhimat utk fam. Tukar pula berkhimat pula pada Yg 1. Perbanyakan bekalan utk Kita bawa ke Tempat kekal selama lamanya. Sudah lama mencari utk dunia. Cari Lah utk akhirat pula. Terima kasih

  4. Kalau Tok Gajah sudah tak mampu, aku akan ambik alih kuasa utk pastikan FAM tetap jadi jajahan takluk keluarga aku. Siapa melawan akan ku sepak hingga patah riuk semua tulang.

  5. Isu-isu terkini dan cerita-cerita menarik dunia bola sepak malaysia

    http://cantikpermainan.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>