Skuad emas disambut meriah peminat di LCCT

Posted by on Nov 22, 2011 | Leave a Comment

Malaysia Menang Emas Bola Sepak Sukan SEA 2011

SKUAD Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT pagi tadi.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas. Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

“Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria,” katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang. — Arena.MY

Video: Malaysia 1-1 Indonesia | Gol Asrarudin Putra Omar

Video: Malaysia 4-3 Indonesia | Gol Penentuan Penalti




Related posts

coded by nessus

Leave a comment