Rajagobal tuntut komitmen pemain berdepan Kuwait

malaysia vs kuwait

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menuntut para pemain skuad Harimau Malaya supaya tidak mengambil mudah aksi persahabatan antarabangsa bertaraf ‘A’ menentang Kuwait di negara berkenaan, 8 Nov ini.

Pengendali berusia 57 tahun itu berkata, walaupun perlawanan berkenaan sekadar aksi pemanas badan, beliau mahu pemain skuad kendaliannya untuk memberikan persembahan terbaik sebelum berdepan ujian getir menentang Bahrain pada kelayakan Piala Asia 2015 di tempat lawan, 15 Nov ini.

“Saya mahu lihat konsistensi (persembahan) yang ditunjukkan oleh para pemain pada aksi menentang Kuwait sebelum kita berdepan dengan Bahrain (pada kelayakan Piala Asia).

“Melalui aksi menentang Kuwait nanti, saya mahu melihat sejauh mana corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan dari negara Timur Tengah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan pusat pertama skuad berkenaan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia, Kelana Jaya, di sini, Isnin.

Dua daripada 20 pemain skuad utama gagal melaporkan diri untuk sesi latihan berkenaan iaitu kapten kelab Selangor PKNS FC, Mohd Helmi Remeli dan pemain tengah Selangor, K. Gurusamy.

“Gurusamy bakal melaporkan diri kepada saya malam ini kerana beliau perlu menghadiri satu upacara keagamaan.

“Saya bagaimanapun gagal menghubungi Mohd Helmi. Saya difahamkan beliau (Mohd Helmi) tidak berapa sihat. Kalau tidak, saya akan memanggil (pertahanan pasukan Pahang), Mohd Razman Roslan dari skuad simpanan untuk menggantikan tempat beliau,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan yang melanda beberapa pemain skuad Harimau Malaya sebelum ini termasuk dua pemain pertahanan, Mahalli Jasuli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas, Rajagobal berkata beliau perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor pasukan terlebih dahulu.

“Saya akan membuat penilaian selepas beberapa pemain berkenaan menjalani sesi latihan (dalam beberapa hari ini). Walaupun Mahalli ada dalam skuad simpanan untuk aksi menentang Bahrain, saya fikir beliau seharusnya pulih sepenuhnya dan saya akan pantau keadaannya,” katanya.

Selepas menentang Bahrain, skuad Harimau Malaya dijadualkan melayan kunjungan Qatar pada perlawanan kelima kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 19 Nov ini.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali.

– BERNAMA

malaysia vs kuwait

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>