Piala AFF 2012: Malaysia diundi bersama Indonesia, Singapura

Piala AFF Suzuki Cup 2012

Malaysia lawan Singapura aksi pembukaan Kumpulan B

Juara bertahan Piala AFF Suzuki, Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama dengan Singapura dan Indonesia.

Undian Piala Suzuki AFF diadakan petang tadi di Bangkok, Thailand yang turut dihadiri Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, timbalannya, Tengku Abdullah dan juga ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal.

Malaysia yang mensasarkan untuk mempertahan kejuaraan Piala Suzuki telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan saingan utama mereka, Singapura dan Indonesia.

Manakala bagi Kumpulan A pula, Thailand telah diundi bersama Vietnam dan Filipina.

Brunei, Myanmar, Laos, Timor Leste dan Cambodia akan beraksi dalam pusingan Kelayakan Piala Suzuki AFF 2012 di Myanmar bermula 5 Oktober ini. Juara pusingan kelayakan akan menyertai Kumpulan A, manakala tempat kedua akan sertai Kumpulan B.

Piala Suzuki AFF 2012 kali ini semestinya menarik apabila tiga ‘musuh’ utama masing-masing ditempatkan dalam kumpulan yang sama.

Peringkat kumpulan Piala Suzuki akan diadakan di Thailand bagi Kumpulan A dan di Malaysia bagi Kumpulan B.

Malaysia akan bertemu Singapura untuk perlawanan pertama Kumpulan B pada 25 November 2012.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

6 Responses to Piala AFF 2012: Malaysia diundi bersama Indonesia, Singapura

  1. juara bertahan masuk mana-mana kump. tak kesah. Pasal semua team nak mengelak jumpa kita.

  2. dhrp kita dpt mngekalkn kejuaraan…..

  3. first round out ni confirm , lepas tu dengar la apa alasan KING GOPAL lak

  4. jika jumpa semifinal semua team dapat main home~away.

    its 50-50 then.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>