Persahabatan: UAE tewaskan Malaysia 3-1

UAE vs Malaysia 3-1

Skuad Harimau Malaya kalah 1-3 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Shenzen, China, Rabu.

Kemenangan itu merupakan yang kedua untuk pasukan UAE kendalian Mahdi Ali selepas menundukkan Laos, 2-0 pada aksi pertama di venue sama, Sabtu lepas.

Untuk Harimau Malaya pula, ia adalah kekalahan kelapan daripada 11 pertemuan dengan pasukan itu.

Malaysia pernah mencatat dua kali kemenangan ke atas UAE iaitu 2-0 pada Piala Asia 1980 di Kuwait dan 2-1 pada Kejohanan Pestabola Merdeka 1982.

Perlawanan di China itu adalah aksi pemanas badan terakhir untuk anak didik Rajagobal sebelum berdepan ujian getir menentang Bahrain pada perlawanan ketiga, Kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Okt ini.

– BERNAMA

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

9 Responses to Persahabatan: UAE tewaskan Malaysia 3-1

  1. syafiq rahim dah bantu JDT, skrg bantu team malaysia plak… 3-1 tu bukan kalah menang la (kata subhan)..

  2. ya ya kalah, ranking..semua tu hanya nombor, tak penting. apa ada pada nombor. apa yg penting….kerjasama.

  3. ini luar bisa ni 3-1 je kalah biasa 5 lebih

  4. lipas pun takut saya

    Tapi kita cipta banyak peluang…itu yg penting.

  5. dlm setahun dua ni rajagobal n the gang byk membuat pemilihan pilh kasih n kbodohan,

  6. Jantan Kena_ Siku

    MENANG&RANKING TAK PENTING……YANG PENTING GAJI MASUK!!!!!

  7. tudia…

    orang darah raja tak blh bagi pimpin team bola la. hancus..

  8. all the best untuk harimau malaya malam ini nanti menentang bahrain.. harap dapat lakukan sesuatu misi hidup mati..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>