
- Sukan SEA 2011: Malaysia 2-1 Thailand
MALAYSIA mengotakan janji apabila bangkit mempamerkan keupayaan sebenar dengan membenam ego Thailand 2-1 dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI di sini, semalam.
Pemain gantian Izzaq Faris Ramlan yang sebelum ini dilaporkan mengalami sakit perut, muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 di Stadium Gelora Bung Karno, di sini.
Bagaimanapun, Malaysia cemas untuk seri buat kali kedua apabila keseronokan jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 lenyap dengan jaringan penyamaan Natarid Udomlap pada minit ke-76.
Namun, percaturan jurulatih, Ong Kim Swee memasukkan Izzaq pada babak kedua berbaloi apabila pemain tinggi lampai itu berjaya mencuri ruang untuk meledak gol kemenangan negara.
Sementara itu, Kim Swee hanya mengeluarkan kata ringkas: “Inilah perwatakan sebenar kami.’’
Video: Malaysia 2-1 Thailand | All Goal
“Pada perlawanan ini, para pemain telah membuktikan perwatakan sebenar mereka. Mereka menunjukkan setakat mana kemampuan mereka, siapa sebenarnya mereka. Inilah kemampuan kami yang diterjemahkan menerusi permainan menarik di atas padang.
“Kami buktikan bahawa kami bukanlah pasukan yang beraksi secara bertahan tetapi penuh berkemampuan. Menyerang dan bertahan mengikut keadaan di atas padang.
“Malahan sepatutnya kami menang lebih besar ke atas Thailand. Memang banyak peluang gol yang berjaya dicipta tetapi ia gagal diterjemahkan sebagai jaringan,” katanya selepas perlawanan.
Tambah Kim Swee, nasib yang menimpa Thailand sama seperti apa yang dialami pasukannya (Malaysia) menentang Singapura tempoh hari.
Dia turut memuji persembahan pemain berusia 17 tahun, Muhd. Nazmi Faiz di sepanjang perlawanan semalam. – Utusan Malaysia
Related posts
- Semangat Ultras Malaya wajar dicontohi
- Malaysia beri tentangan hebat kepada Liverpool
- Malaysia perlu dua gol tanpa bolos
- Filipina persiapan awal Malaysia hadapi Piala AFF Suzuki
- Malaysia mara ke Final hoki Sukan Asia 2010
- Harimau Muda 'mamah' Thailand
- Kim Swee kecewa aksi babak kedua
- Malaysia selangkah, Thailand tersingkir
- Malaysia 2-0 Hong Kong
- Nazmi sasar ledak Jepun

