Media Indonesia akui Malaysia ‘Raja Bola ASEAN’

KEJAYAAN skuad bawah 23 tahun Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia malam tadi membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di rantau ini buat masa ini.

Mereka juga membuktikan kejayaan meraih emas bola sepak pada Sukan SEA 2009 di Laos dan menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun lepas, bukanlah kerana nasib semata-mata.

Biarpun persembahan pasukan Malaysia sebelum ini dipertikaikan terutamanya oleh media Indonesia, kemenangan malam tadi menutup terus mulut pengkritik dan penyokong fanatik skuad negara tuan rumah itu.

Media di Indonesia kini mengakui Malaysia adalah “Raja Bola Sepak Asean”. Dalam perlawanan akhir malam tadi di hadapan 100,000 penonton tuan rumah, Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Bagi jurulatih negara, Ong Kim Swee, selepas dua kali menumpaskan Indonesia di laman mereka sendiri, kemenangan Harimau Muda itu adalah kemenangan mutlak dan bukannya nasib semata-mata.

Video: Malaysia 1-1 Indonesia | Gol Asrarudin Putra Omar

Video: Malaysia 4-3 Indonesia | Gol Penentuan Penalti

Di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Malaysia menumpaskan Indonesia 1-0 dan malam tadi, sekali lagi skuad Garuda Muda ditundukkan Harimau Muda, di gelanggang keramat mereka, Stadium Gelora Bung Karno.

Menurut jurulatih berasal dari Melaka itu, perlawanan malam tadi mungkin tidak akan berlanjutan ke masa tambahan atau ditentukan melalui sepakan penalti sekiranya tiga tonggak utama Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan, dapat bermain.

Ketiga-tiga penyerang itu tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan sewaktu pertemuan separuh akhir dengan Myanmar.

Ong mengakui pada perlawanan masa tambahan, beliau mengarahkan pemain untuk melakukan hantaran-hantaran pendek kerana memahami mereka keletihan terutama selepas mengharungi tiga perlawanan sengit berturut-turut.

Beliau juga mengakui pengalaman beberapa pemain yang menimba pengalaman di Slovakia, turut mencorakkan permainan taktikal dan corak pantas skuad tersebut.

Mereka termasuk Mohamad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Irfan Fazail yang pernah bermain dengan pasukan kelab Slovakia, FC ViOn Zlate Moravce.

Ong juga menceritakan pengalaman “agak menakutkan” ketika pasukan Malaysia hendak pergi ke stadium Gelora Bung Karno malam tadi.

Menurutnya bas yang dinaiki pemain dan beberapa penyokong negara digoncang penyokong Indonesia.

Beliau memuji pemain-pemain kerana tidak terganggu oleh permainan psikologi penyokong lawan dan sebalik memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan.

Pengalaman berdepan penyokong fanatik di Jakarta, katanya, memberi pengalaman baru dan mematangkan pemain-pemain Malaysia.

Selepas Datuk K.Rajagobal mengecapi kemanisan membimbing pasukan negara bergelar juara acara bola sepak Sukan SEA pada 2009, kini giliran Ong pula menikmatinya.

Bagi Ong, ada satu lagi misi yang lebih penting menunggu skuadnya. Pasukan negara yang pulang ke tanah air hari ini akan menyambung latihan sebelum menentang Syria dalam perlawanan peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8.45 malam esok. – BERNAMA

Malaysia 4-3 Indonesia

Tahniah MALAYSIA – JUARA PINGAT EMAS BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

4 Responses to Media Indonesia akui Malaysia ‘Raja Bola ASEAN’

  1. teruskan kecemerlangan mu sang harimau..huhu
    Sang harimau bukan saje raja hutan tp skang dah jd raja Asean..terbaaaaiiiikkk.

  2. KEMENANGAN TANUN 2011 SUKAN SEA INI BUKAN NASIB,,HANYA 2009 NASIB

  3. Assalamualaikum….

    Tak kiralah perlawanan 2009 atau 2011, mahupun perlawanan pada zaman Raja Bola Asia, Ghanie Minhat sekalipun semuanya adalah “nasib”. Nasib ada dua kategori utama iaitu “nasib baik” dan “nasib malang”.

    Baik atau malang sesuatu nasib yang diperolehi oleh seseorang adalah bergantung pada usaha dan prilaku sebelum dan semasa kejadian itu berlaku. Contohnya skuad Harimau Muda dalam kejohanan Sukan SEA 2009, jika mereka tidak serius dan tidak bersungguh-sungguh berlatih, secara logiknya layakkah mereka menang perlawanan bola sepak tersebut..?

    “Nasib baik” hanya akan datang dan diperolehi seandainya seseorang atau sekelompok orang itu telah berusaha dengan gigih dan beristiqamah setelah berusaha sehabis baik. Ia berkait juga dengan lain-lain faktor seperti penjagaan makan minum, rehat yang secukupnya dan bagi yang beragama Islam pula mengenai amal ibadah yang telah disyariatkan dalam Islam….

  4. Buat ONG KIM SWEE..

    Dah2 lar bagi peluang kt Fakri Saarani tuh bersepah peluang bazir gitu jek.! Len2 termasuk Farris Izzaq, Thamil Arasu pun pancit gak..jgn kerana fizikal tinggi jer diambil kire tp skill & performance lg penting..Ganti jer ngn player2 len..kt Super League ramai lg yg berbakat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>