Media Canberra perlekeh kekalahan Harimau Malaya

Canberra FC vs Malaysia 3-2

Canberra FC 3-2 Malaysia

SUDAH jatuh ditimpa tangga. Demikian nasib skuad Harimau Malaya yang diperlekehkan oleh media tempatan Canberra, Australia sejurus kekalahan tipis 2-3 dalam satu aksi persahabatan menentang Canberra FC kelmarin.

Lebih memalukan, akhbar The Canberra Times menggunakan tajuk ‘Pemain tidak profesional raih kemenangan ke atas skuad kebangsaan (part-timers steal win over internationals) jelas memberi impak kepada maruah skuad negara.

Begitupun, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal (gambar kecil) kekal positif sebagaimana beliau memandang aksi tersebut sangat kompetitif.

Jelasnya, beliau berpuas hati dengan persembahan pemain yang ditunjukkan walaupun Harimau Malaya ketinggalan dua gol awal pada aksi itu.

“Pendapat saya, perlawanan itu kompetitif dan secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pemain.

“Barisan pemain telah menunjukkan karakter yang bagus yang kami ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama.

“Kami berjaya bangkit pada aksi kedua perlawanan dengan bermain lebih agresif dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol,” katanya selepas tamat perlawanan itu kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Rajagobal turut memuji persembahan penyerang Johor Darul Takzim (Johor DT), Safee Sali yang menjaringkan dua gol ketika menentang kelab divisyen dua Australia itu.

“Saya berpuas hati dengan Safee yang menjaringkan dua gol pada perlawanan itu.

“Sudah lama Safee tidak menjaringkan gol. Jadi, saya berharap dia serta pemain yang lain dapat mempamerkan rentak lebih baik berbanding malam ini (kelmarin) dalam perlawanan seterusnya,” katanya.

Pada aksi kelmarin, Canberra FC mendahului dua gol menerusi jaringan Alex Olo- riegbe dan Ryan Keir pada minit ke-28 dan ke-34.

Penyerang gantian, Safee kembali merapatkan jurang dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-61 dan ke-83.

Bagaimanapun, Philippe Bernabo memastikan kemenangan tuan rumah apabila menewaskan Mohd. Farizal Marlias menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

– Utusan

Malaysia 2-3 Canberra FC

Video Canberra FC 3-2 Harimau Malaya | Friendly

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

10 Responses to Media Canberra perlekeh kekalahan Harimau Malaya

  1. buat malu wey!!! Gopal,lu letak jawatan dari awal lagi spatutnya…

  2. Memang patut diperlekehkan pun…..

  3. patut..mmg ptut.. nasib,,ya nasib,, apa sudah jadi,, apa nak jadi RG,,

  4. Sungguh tak ku sangka!!!!!

  5. Apa nak jadi dengan HM bapa2 di FAM?

  6. Tak kemana….HM!!!!

  7. subahan & rajagopal tahu apa depa buat

    Dia orang tau apa. Subahan and Gopal sedari dulu tau apa depa buat. Relax la dulu…harimau nak makan angina sat pun tak senang. Ini persahabatan aje. Tunggu yang betul2 kelayakan piala asia nanti. Harimau akan mengaum macam kucing lapar….baru depa kena langit tinggi rendah.

  8. Nak lawan negara Bahrain,Qatar dan Yemen…semua tempat ini cuaca panas….yang hang pi lawan negara sejuk tu….tak mabuk ke,lagipun lawan Kelab(pemain sembilan) bila kalah buat malu Malaysia….jer!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>