Mat Yo ada alasan kukuh minta dikecualikan – Subahan

Mat Yo Malaysia

Selain rancangan mengerjakan umrah pada 3 Mac ini, ada ‘alasan peribadi lain’ yang membuatkan Norshahrul Idlan Talaha terkecuali daripada tugasan kebangsaan, bulan depan.

Penyerang yang lebih mesra disapa Mat Yo itu tidak melaporkan diri pada hari pertama latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin selepas meminta pengecualian menerusi telefon daripada pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

Kemudian pada sebelah malamnya, Mat Yo berjumpa dengan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal untuk menjelaskan sebab-sebab dia terpaksa meminta pengecualian dan pihak pengurusan berpuas hati dengan alasan pemain itu.

Beri alasan kukuh

“Dia (Mat Yo) ada jumpa saya semalam (kelmarin) dan memberikan alasan kukuh,” kata Subahan. “Jika umrah saja mungkin ia tidak mencukupi tetapi dia ada sebab peribadi lain yang saya dan Kim Swee terpaksa terima.

Bagaimanapun Subahan tanpa berselindung mengakui terkilan dengan Norshahrul yang tidak melaporkan diri untuk sesi latihan pertama skuad kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

Biarpun beliau telah menerima alasan yang dianggap kukuh daripada Mat Yo yang tidak dapat menyertai 25 pelatih Harimau Malaya, beliau menganggap bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) itu harus mengambil pendekatan lebih profesional.

“Memang kami terkilan kerana dalam keadaan kritikal seperti ini khidmatnya amat diperlukan, tetapi apakan daya dia mempunyai hal peribadi yang perlu diselesaikan.

“Apa pun, kita masih ada Amri (Yahyah), Ahmad Fakri (Saarani), Safee (Sali) dan Bobby (Gonzales). Kita bagi pengecualian kepadanya supaya dia teruskan mengerjakan umrah dan selesaikan masalah-masalah yang dia hadapi itu,” kata Subahan.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

3 Responses to Mat Yo ada alasan kukuh minta dikecualikan – Subahan

  1. bini dia cakap jangan main lah tu

  2. kalau ada sebab dan alasan yang kukuh pun. sepatutnya dia dah bagi tahu pengurus awal-awal, bukan hari melaporkan diri baru bagi tahu.

    mungkin ini lah yang dinamakan profesional?

  3. molek jugok, bui lah ko ore lain pulok,dio pun x jadi mano doh. mano tau jadi ganah pulok HM supo dulu2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>