JARINGAN menerusi sepakan percuma kapten Safiq Rahim dan dua gol daripada Safee Sali jelas membuka mata Liverpool bahawa Malaysia juga mampu melahirkan pemain berkelas dunia.
Penolong jurulatih Liverpool, Steve Clark mengakui kehebatan kapten Malaysia itu dalam meledakkan gol pertama agak mengejutkannya.
Malah menurut Clarke lagi, kemasukan Safee pada 20 minit terakhir permainan berjaya menaikkan semangat pemain negara dengan ketajaman penyudah dan keghairahan memburu gol.
“Bagi saya jaringan pemain No. 8 (Safiq) menerusi sepakan percuma sangat cantik sekali.

“Malah dia juga banyak memainkan peranan dalam gerakan Malaysia,” kata Clark pada sidang media semalam.
“Penyerang No. 10 (Safee) pula bermain dengan hebat. Dua jaringannya serta keghairahannya memburu gol berjaya memberi tekanan kepada kami.
“Ia satu perlawanan yang baik bagi mereka dan saya rasa aksi keseluruhan pemain Malaysia agak bagus. Mereka bertahan dengan baik dan sangat kompetitif,” tambahnya lagi.
Menurut Clarke, kombinasi pemain Liverpool pada babak pertama lebih bertenaga berbanding babak kedua yang disifatkannya bermain secara terbuka.
“Kami bermula dengan baik, banyak menguasai bola dan mencipta peluang.
“Tetapi kombinasi pemain babak kedua agak longgar dan kami banyak kehilangan bola. Jadi sudah pasti saya lebih gembira dengan kombinasi pemain di babak pertama.
“Babak kedua juga permainan sangat terbuka oleh kedua-dua pihak.
“Saya puji tentangan yang diberikan pemain Malaysia kerana mereka dapat menjaringkan tiga gol. Ia sesuatu yang bagus bagi mereka,” tambahnya. — KOSMO
Related posts
- Video Liverpool 2-2 Manchester City [SF Piala Carling]
- EPL: Stoke City kejutkan Liverpool 2-0
- Pertemuan menentang Liverpool tetap istimewa - Drogba
- Liverpool, City ibarat singa luka
- Penalti kontroversi cetus kemenangan Liverpool
- Enggan bersalam: Luis Suarez minta maaf
- Piala FA: Evra kembali ke Anfield
- Keputusan Separuh Akhir Piala Carling 2012
- Luis Suarez sedia hadapi gelora Old Trafford
- Video: Malaysia 3-6 Liverpool


azmi muslim yg ganti bek kiri tu la punca Malaysia banyak bocor
Punca kekalahan besar Mas adalah selepas azmi muslim no11 ganti bek kiri asaruddin sbb raga bengang asarudin bg penalti, azmi pulak byk hilang posisi. Cuba tengok gol ke 3-6, semuanya dari gerakan sebelah kiri Malaysia, azmi hilang ntah kemana, berlari mcm siput..
Bukan itu saje..kelemahan pnjaga gol sebagai benteng terakhir turut menyumbang kpd gol kite bolos sampai 5 gol dlm 2nd half..
penjaga gol x boleh dipersalahkan 100% kata datuk raja,defend yg leka yg jd punca utama liverpool dpt gol mudah..apa pn apek kena refresh blk fitness dia..sejak injured bahu masa lwn lubnan 2,nmpk takut2 je dia nk terbang save bola..