Luahan pemegang tiket ke-16,969 Final Piala AFF 2014

Malaysia 3-2 Thailand Final AFF Cup 2014

Saya seorang pemegang tiket yang ke-16,969. Padang sudah lengang, kerusi sudah sejuk. Tetapi sampai sekrang saya masih geram.

Mungkin tulisan ini macam cebis tepi tiket yang dicarik-carik dan dibuang ke lantai.

Perkara ini perlu juga disuarakan. Mujur saya dapat juga tempat duduk kelas tangga.

Ya saya tahu, perkataan free seating itu merujuk kepada duduklah di mana-mana sahaja.

Ya, kerana itu saya memilih untuk duduk di tangga. Sekurang-kurangnya punggung saya sejuk walaupun hati saya panas.

Saya saksikan sendiri dengan mata yang ada juga yang duduk di atas pagar. Mungkin harga tiket mereka lebih murah saya rasa.

90,000 tiket dijual dan tiket itu habis dan saya berani bertaruh bahawa tiada langsung ulat tiket atau tiket yang tidak tidak sah. Semua tiket diimbas dahulu sebelum masuk.

Tapi di mana tempat duduk untuk sejumlah hampir 5,000 penonton yang berdiri di celah-celah tangga, di atas pagar, dan juga di celah celah ketiak kelompok yang berdiri di luar anak tangga?

Tolong beritahu saya. Tapi peduli apa semua ini, yang penting orang-orang atas dapat duduk selesa.

Ini tentang marhaen, bodoh. Marhaen yang membayar 50 ringgit untuk sekeping tiket, dan yang dibuli dengan harga-harga tak masuk akal untuk minuman dan makanan.

Ini juga tentang sejumlah marhaen yang sanggup mengorbankan duit makannya tiga hari untuk satu perlawanan bola.

Saya tabik untuk pemain dan penyokong yang begitu gila-gila bermain dan menyokong.

Berbalik kepada jalan mula dan jalan penamat, saya masuk ke dalam LRT Chan Sow Lin berteman dengan penyokong-penyokong lain yang megah menyanyi lagu bola Malaysia.

Saya seolah-olah dapat merasakan aura filem Hindi yang bermain. Menyanyi beramai-ramai dan berhimpit beramai-ramai dan berlanggar punggung juga secara berjemaah.

Selepas Chan Sow Lin, masuk lagi penyokong daripada Cheras dan Bandar Tun Razak.

Dan pada masa itu saya tahu, kegembiraan menyanyi ini akan menjadi mimpi ngeri apabila pulang malam nanti.

Benar, ia menjadi kenyataan malam itu. Riuh rendah seperti menyambut kemenangan gol ketiga Safiq Rahim. Bola yang kalah itu, sudahlah.

Tetapi sistem yang lemah di dalam dan luar stadium itu menjadikan perjalanan pulang dalam LRT sepatutnya diraikan lagi dengan nyanyian kemenangan, tetapi tidak dapat.

Kerana persoalannya sekarang, di mana tempat duduk itu atau tiket itu bukannya 90,000 tetapi 110,000? Bodoh.

_________________________
ASYRAF BAKTI seorang penonton perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

– Malaysiakini

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Luahan pemegang tiket ke-16,969 Final Piala AFF 2014

  1. Memangler..fikir logik kalau kerusi 90ribu..ada yg berdiri tu sah2 tiket dijual melebihi kapasiti..dapat duduk kat tangga pun kira ok la, dari kena berdiri 90 minit dgn bini..gua dah kena time malaysia lawan apa tah 2 tahun lepas..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>