JURULATIH skuad Bawah 23 Tahun Thailand, Prapol Pongpanich menabik Malaysia selepas mereka tumpas 1-2 di tangan juara bertahan itu dalam aksi Kumpulan A bola sepak Sukan Sea Indonesia semalam.
Bagaimanapun beliau tetap bangga dengan aksi pemainnya yang berusaha bersungguh-sungguh bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan pada babak pertama biarpun kekurangan seorang pemain.
“Pemain saya sudah mencuba tapi ternyata Malaysia bermain lebih baik. Ramai pemain kami cedera hingga terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam perlawanan tadi (semalam).
“Saya puji sikap pemain yang berusaha mencari gol penyamaan, kami harap sekurang-kurangnya seri tapi tidak berjaya,” katanya.
Jelasnya selain faktor kecederaan pemain, Prapol menyifatkan banjir melanda Bangkok turut menjejaskan tumpuan pemain termasuk kapten mereka, Ronnachai Rangsiyo yang kehilangan tempat tinggal. — Harian Metro
Video: Malaysia vs Thailand | Sukan SEA 2011 [All Goal]
Video: Malaysia vs Thailand | Sukan SEA 2009
Related posts
- Malaysia vs Taiwan LIVE di TV1, Astro Arena
- Malaysia vs Kemboja [Sukan SEA 2011] Live TV1, TV3, Astro Arena
- Khairul Fahmi belum pasti diturunkan
- Rajagobal: Jangan terlalu cepat buat kesimpulan
- Sukan Asia 2010: Malaysia tewaskan Kyrgyzstan 2-1
- Kelayakan Olimpik: Malaysia tewas 0-4 kepada Jepun
- Perjalanan Nazmi masih jauh
- Malaysia vs Singapore LIVE TV1, Astro Arena [Sukan SEA 2011]
- Keputusan Malaysia vs Arsenal
- Video: Selangor 1-0 Pilihan Malaysia


bos,ada full game x? nak download
baru diorang taw team Malaysia kuat.. hehe
memang bagus lah team mlysia tme lwn thai to…truskan pjuangan mlysia..malysia boleh…!!!!
malaysia memang membggakn…