Laman web FAM digodam

laman web fam digodam

FAM terima surat tunjuk sebab daripada AFF

Selepas insiden keganasan terhadap penyokong Vietnam, laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) digodam dan terpaksa ditutup hari ini.

Perkara itu diumumkan FAM dalam Facebook rasminya petang ini.

Di samping itu, FAM juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakyat negara itu atas insiden yang berlaku semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014, di Stadium Shah Alam malam tadi.

“Pihak FAM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani perkara tersebut, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

“FAM mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam bola sepak,” menurut kenyataan itu lagi.

Dilaporkan penyokong Malaysia mencederakan penyokong negara itu selepas Harimau Malaya kalah 2-1.

Video Malaysia 1-2 Vietnam

Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dilaporkan sudah menghantar notis tunjuk sebab kepada FAM berhubung tindakan liar segelintir penyokong Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga terpaksa meminta maaf atas tindakan itu yang disaksikannya sendiri itu.

Kenyataan ringkas FAM mengenai insiden laman web digodam dan tindakan ganas segelintir penyokong di Stadium Shah Alam:

Laman sesawang FAM telah diceroboh (hacked) dan pihak FAM dalam proses menyelesaikan isu tersebut. Buat sementara waktu laman ini akan ditutup.

Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada warga Vietnam di atas isu yang telah berlaku semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014, Malaysia melawan Vietnam di stadium shah alam, Selangor. Pihak FAM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani perkara tersebut, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak. FAM mengutuk sekeras – kerasnya keganasan dalam bola sepak. ” LOVE FOOTBALL AND STOP HOOLIGANISM ”
———————————-
Our website has been hacked, and therefor has temporarily been taken off-line. We apologize for any inconveniences caused.

In regards to yesterday’s incident at the Shah Alam Stadium during the AFF Suzuki Cup Semi Finals (1) between Malaysia vs Vietnam, FAM apologizes profusely to our Vietnamese guests, and would like to assure all parties that we are working closely with the relevant authorities. Further information will be shared accordingly. FAM condemns hooliganism in football. LOVE FOOTBALL, STOP HOOLIGANISM

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

3 Responses to Laman web FAM digodam

  1. Pingback: Video Malaysia 1-2 Vietnam [Piala AFF 2014] | RentongClub.Net

  2. Dah melibatkan malaysia br TMJ terhegeh2 nk haramkn IJF. Sebelum ni duduk backup je geng2 Johor buat kacau dan berperangai cam setan kt stadium bkn shj di johor malahan di Johor. Yg hal stadium larkin tu smpai skrg xselesai2. Hantu rata kot yg bedal 2 org mat brazil tu

    • Memang kesilapan awal tmj ni..dia tak fokus mendalam psl hal ni awal..ijf ni bkn mat bola sgt pun..saja wat semak je..konon dorg hero..apa gila time liga tempatan nk terkam fan lain, time mesia main bru nk satu mesia tibai lak org luar..tak kirala vietnam tu pendatang ke,makan kucing ke, drg tu lg biasa perang dr kita..sbb tu amerika jeles buat cite rambo..nmpk lak kita mcm xkenang budi MH370 drg tlg cari..makin bodoh semua gua tgk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>