Bola sepak Malaysia masih jauh ketinggalan

Australia 5-0 Malaysia

  • Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
  • Australia 5-0 Malaysia

PAHIT untuk ditelan tetapi akui sahajalah hakikat bahawa mutu bola sepak kita meskipun bergelar juara Asia Tenggara, sebenarnya masih jauh ketinggalan.

Kekalahan besar skuad kendalian Datuk K Rajagobal 0-5 kepada Australia di Stadium Canberra, semalam, merupakan realiti yang mengejutkan kita daripada lamunan mimpi menyangka bola sepak Malaysia sudah kembali ke landasan sebenar.

Tidak sejak kita disingkirkan negara jiran, Singapura, daripada kelayakan Piala Dunia, tidak juga sewaktu kita berhempas pulas melakar keputusan seri 4-4 dengan Taiwan.

Maka terbukti benar jugalah kenapa ada pihak di Australia cuba mempersoalkan niat Socceroos mengatur pertemuan persahabatan dengan Malaysia yang dilabel sebagai pasukan kerdil dan apakah faedah kepada gergasi Asia yang menghuni ranking ke-19 dunia itu.

Tanpa nama-nama terkemuka seperti Tim Cahill, Brett Emerton, Mark Schwarzer dan Harry Kewell, Australia tetap berada di kelas berbeza dan terlalu gah untuk dicabar kesebelasan pemain Malaysia.

  • Video: Australia 5-0 Malaysia | All Goals

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk memulakan pesta gol apabila membuka jaringan pada minit ketiga menerusi Luke Wilshere selepas mudah menolak masuk hantaran bek kanan Middlesbrough, Rhys Williams dari jarak dekat.

Gol pembukaan itu mula menyerlahkan betapa rapuhnya pertahanan Harimau Malaya menyaksikan lawan dengan mudahnya bertukaran hantaran sebanyak enam kali yang dimulakan dari luar kotak, tanpa ditekan pemain kita sehinggalah gol disumbat Wilshere.

Selang empat minit kemudian, Malaysia berpeluang menyamakan kedudukan apabila Safee Sali berjaya melepasi kawalan dua pemain pertahanan lawan dari sebelah kiri padang dan melorongkan bola cantik ke tengah, namun tiada sesiapa yang berada di kotak untuk menyudahkanya.

Bermula saat itu, Australia mula menguasai bola secara menyeluruh dan melancarkan asakan demi asakan ke gawang Malaysia, sebahagian besarnya dari kedua-dua belah sayap, sementara pemain kita pula hanya mampu tercegat dan melihat.

Andai mendapat bola di kaki mereka pun, rata-rata mereka tidak tahu kepada siapakah mahu dihantar dan kelambatan bertindak menyebabkan ia mudah dirampas atau hantaran singgah ke pemain lawan.

Ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat acap lagi menjadi penyelamat kepada kealpaan benteng pertahanan yang dibarisi Mahali Jasuli, Norhafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad dan Asraruddin Putra Omar, yang jika tidak, Malaysia berkemungkinan tewas dengan jumlah jaringan lebih besar.

Memasuki minit ke-30, Australia yang melancarkan serangan bertali arus sudah pun memperoleh 10 cubaan tepat ke gawang dan kebuntuan memburu jaringan kedua akhirnya dipecahkan oleh penyerang tinggi lampai, Joshua Kennedy, angkara kesilapan Amar Rohidan yang hilang bola di suku ketiga padang.

Penyerang Shimizu S-Pulse di Liga Jepun, Alex Brosque meledak jaringan ketiga sebelum Kennedy yang juga beraksi di Liga-J untuk Nagoya Grampus, melebarkan kedudukan 4-0 sebelum berakhirnya babak pertama.

Persembahan hambar pertahanan diparahkan lagi kegagalan jentera tengah berfungsi. S Kunalan dan Baddrol Bakhtiar gagal mengancam dari bahagian sayap sementara Joseph Kalang Tie yang diberi kepercayaan Rajagobal mengisi kekosongan besar Safiq Rahim sebagai playmaker, tidak efektif.

Gandingan dua penyerang utama Harimau Malaya, Safee dan Nor Shahrul Idlan Talaha pastinya serba tidak menjadi ekoran kegagalan bahagian tengah.

Gol terakhir Australia yang melengkapkan keputusan 5-0, merumuskan kenapa Harimau Malaya begitu mudah diratah. — Utusan Malaysia

11 Responses to Bola sepak Malaysia masih jauh ketinggalan

  1. Semoga kekalahan ini menjadi tauladan & pembakar semangat utk kita mempertahankan Pingat EMAS sukan SEA di INDONESIA nanti. Pasukan kita jgn anggap dah terlalu hebat slps memenangi emas dan piala AFF.

    Mempertahankan kemenangan adalah lebih susah drpd memenangi sesuatu..

    • PELIK TAPI BENAR…
      ASYIK2 GUNA BUDAK INGUSAN LAWAN TEAM UTAMA. BERATUS PEMAIN PENGALAMAN DALAM LIGA MALAYSIA, TAK NAK PANDANG PUN. APA PUNYA PEMIKIRAN… ADA YANG LEBIH BAIK TAPI B S TERUS GUNA BUDAK2. BILA NAK MENANG?

      • TAK SETUJU DENGAN PANDANGAN SINGKAT KAU. BUDAK-BUDAK PADA HARI INI YANG AKAN JADI DEWASA ESOK, BERBANDING YANG DAH TUA-TUA PADA HARI INI, BESOK JADI TUA NYANYOK!

  2. ambil pemain tengah kelantan badri razi,syakir saari,subramanian,s,shanturu ke mungkin takde la kalah besar lawan astralia…defend pun terlalu longgar..ape la nasib malaysia……

  3. sepatut nya raja gobal x payah ambik joseph dan x payah keluarkan safiq rahim dan amirul hadi dari skuad kebangsaan……..

  4. aku sokong ABC….same jer…klu disiplin dlm permainan x der…ambil yg hebat2 pun sama jgk….player klantan x lah sehebat sgt….yg penting DISIPLIN bro….

  5. letaklah player mana pun yg ada di m’sia sekarang hasilnya tetap akan sama…m’sia tetap akan di sayur kan jua..yg nyata corak permainan bolasepak kita sudauh ketinggalan baik dari segi taktikal maupun teknikal..sebelum ini pasukan olimpik bertemu jepun dan kali ini harimau malaya di telanjangkan oleh australia…kedua -dua pasukan lawan ini punyai teknik dan taktik yg sgt baik..hantaran yg tepat, posisi yg baik,skill yg tinggi,berfikir dengan pantas…semua ini masih kurang di kalangan player kita
    Oleh itu saya menyarankan FAM agar menghantar pegawai-pegawai utk mengkaji sistem pembangunan bolasepak negara terhandal di asia seperti jepun dan australia..bagaimana pembangunan akar umbi mereka..sy masih ingat pada pada tahun 1994, negara jepun hampir ke piala dunia ,mereka tewas di pusingan kelayakan tetapi selepas itu mereka bangun dan setiap pusingan akhir piala dunia negara matahari terbit tidak ketinggalan…bagaimana mereka mencapainya??mungking FAM boleh menjawabnya..negara negara seperti Jepun dan australia juga punyai sejumlah pemain yang sangat berkualiti yang mana mereka ini bermain di tahap tertinggi liga di eropah , liga J, liga inggeris dan sebagainya..berapa orang pemain harimau malaya yg bermain di tahap tertinggi seperti ini…bermula dari sekarang FAM haruslah memikir bagaimana utk mengeksport produk-produk dari m’sia ke negara-negara yang punyai liga yg berstandard tinggi ini..jika ini tidak di lakukan selagi itu lah harimau malaya akan di sayurkan oleh pasukan seprti australia, jepun dsb

  6. Corak permainan yang ketinggalan jauh ke pemain kita yang belum mencapai tahap yang diperlukan? Bagi aku kuncinya ialah pada kualiti pemain, bukan kerana corak, bentuk atau teori bola sepak negara. Dan kualiti tersebut hanya boleh ditingkatkan sekiranya pemain didedahkan kepada suasana yang penuh kualiti tersebut pada saban masa. Mentaliti “ingin mendapat kemenangan cepat” pun kena buang jauh-jauh. Takde short cut untuk kejayaan, kecuali kalau kau sihirkan semua pemain lawan, jadikan mereka cirit-birit dan semua berguling-guling atas padang semasa main lawan pasukan kebangsaan kita. Tapi kita nak macam ni ke?

  7. selagi jurulatih tempatan yg melatih skuad kebangsaan,selagi 2 la corak permainan mlysia ketinggalan.. player mlysia seolah-olah x dilatih cara melakukan hantaran yang betul n cara terima bola.. sumenye out n ke laut.. coach sepatutnye tumpukan soal cara hantaran bola n cara terima bola.. kalo passing pn x btl mcm mana nk attack lwn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>