‘Barisan pertahanan tidor’ – K Rajagobal

Posted by on Jul 14, 2011 | 12 Comments

Malaysia 0-4 ArsenalKEKALAHAN 0-4 kepada Arsenal jelas mengecewakan jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal yang menyifatkan kelemahan barisan pertahanan punca utama.

Tambah beliau, Malaysia banyak menghadiahkan beberapa gol mudah kepada pihak lawan yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata.

”Saya kecewa dengan mutu persembahan pemain saya secara keseluruhannya tidak bermain begitu baik pada malam ini.

”Walaupun kita berjaya menghadirkan tekanan menerusi S Kunanlan, namun barisan pertahanan seolah-olah tidur dan hasilnya kita memberikan mereka gol-gol mudah.

”Ternyata kita perlu kerja keras lagi untuk memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan supaya lebih bersedia untuk menghadapi Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan Siri jelajah Asia 2011 Malaysia menentang Arsenal, malam tadi.

Tambah Rajagobal, selepas ini, beliau akan berjumpa dengan pemain-pemain dan berbincang supaya semangat mereka tidak akan luntur atas kekalahan besar tersebut.

”Arsenal memang pasukan yang berbeza tahapnya dengan kita, saya akui faktor berkenaan. Barisan tengah mereka bermain cukup bagus.

”Namun, kita sepatutnya memberikan tekanan semenjak sepak mula, namun sepakan penalti seolah-olah merencatkan rentak pemain saya untuk beraksi lebih baik,” katanya.

Pada masa yang sama, Rajagobal berkata, beliau kini mengharapkan penyerang berbisa negara, Safee Sali segera pulih daripada kecederaan dan bersedia untuk berdepan Singapura.

”Saya kini tidak mempunyai ramai pilihan di barisan serangan dan amat berharap Safee sembuh daripada kecederaannya supaya boleh bermain ketika menentang Singapura,” katanya.

Menyentuh kecederaan Aidil Zafuan, beliau memerlukan masa untuk melihat tahap kecederaannya sebelum membuat sebarang keputusan.




Related posts

coded by nessus

12 comments

  1. bukan rajagopal says:

    rajagopal pun tidur jugak. terang2 norshahrul tak berfungsi tapi dia tak nak keluarkan. aku tak salahkan norshahrul sbb dia nampak gugup. apa pun aku ucap tahniah kat beberapa player yg mmg bekerja keras mcm amirulhadi, kunanlan dan mahali.

  2. mat said buncit says:

    apa guna ada jurulatih raja gopal oooooii… dh tahu ptahanan tido xkn kau tgok jeee.. abis game baru nk bising2 bodoh punya org…wat abis kari jeee kau ni r.gopal

  3. Radja kapor says:

    Sejak lawan taipei itu hari dia cakap pertahanan tidor. Mungkin si gopal ini yg ajar pertahanan tidor kot. Abih dah kau coach mestilah kena perbetulkan keadaan. Jangan tidor pulak. Mungkinkah pemain degil, tak ikut cakap atau coach yg cetek ilmu.

  4. TanpaNama says:

    rajagopal spatutnya masukkan ashaari samsudin, player ni boleh gelecek,alihkan bola utk shoot ke gol..bg kt kunanlan..1 lwn 1 pun xleh sumbat gol..harap berlari dan curi bola je..adoii

  5. awok kelate says:

    “Pertahanan tidor lupe basuh kaki”- Rajagobal

  6. Ken says:

    Pertahanan dah tidor banyak kali dah masa lwn Taiwan tapi Rajagopal juga tidor lupa bangun nak buat strategi baru.

  7. awok kelate says:

    Kalah ngan Taiwan hri tu ckp”pertahanan tidor”..kalah ngan teruk ngan Arsenal pn ckp “pertahanan tidor”..hehehe pas ni kena belasah ngan Liverpool entah ape plak alasan Rajagobal..xkn tidur lgi kot..

  8. khairul fahmi bodoh says:

    khirul fahmi yg tidor makan budu banyak

  9. korg semua yg bodoh says:

    ckp je pndai…try trun pdg dlu main utk negara…berat mata mmandang, berat lg bahu yg mmikul yob2 sekalian!!

  10. love sport says:

    ramai peminat sekarang da pandai dr pemain n coach..syabas semua..!!

  11. kamu sume bongok says:

    penyokong malaysia skang byk gak bongoknye…da tau lwn malaysia g pakai bju arsenal…bodoh…g la duduk kt arsenal 2…bengong tol

  12. taros says:

    sayer arsenal

Leave a comment