TMJ tidak harap kejayaan segera

JDT FC

Usaha memperkuat JDT adalah pelaburan jangka masa panjang

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pasukan Johor Darul Takzim atau JDT menyasarkan kejayaan untuk jangka masa panjang.

Walaupun menjadi perhatian ramai, tetapi pasukan JDT tidak merasa sebarang tekanan untuk meraih sebarang kejuaraan pada musim ini, tegas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Sebaliknya, menurut TMJ tekanan itu sepatutnya dirasai oleh penyandang kejuaraan Piala Malaysia iaitu Pahang, Piala FA (Kelantan) dan Liga Super (Lions XII).

“Perhatian sepatutnya kepada mereka (Pahang, Kelantan dan Lions XII) sebagai penyandang juara. Kita tiada tekanan, kerana usaha dan pelaburan kita (untukm emperkuatkan pasukan) merupakan projek jangka masa panjang lima tahun.”

“Kita tidak mengharapkan ‘instant success’ (kejayaan segera). Apa yang dilakukan oleh PBNJ terhadap pasukan JDT adalah pelaburan jangka panjang,” titah baginda.

Dalam perlawanan pertama Liga Super 2014 menentang Perak pada Sabtu, JDT menang 2-0 menerusi gol Amri Yahyah dan Luciano Figueroa.

Tunku Mahkota Johor bertitah sasaran utama JDT musim ini adalah untuk melayakkan diri ke kejohanan Piala AFC, yang memerlukannya menduduki sekurang-kurangnya tangga kedua dalam Liga Super.

Sasaran lain JDT, baginda bertitah adalah untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

JDT menjadi perhatian ramai musim ini berikutan langkahnya memperkuatkan skuad kendalian jurulatih berasal Sepanyol, Cesar Ferrando Jiminez itu dengan beberapa pemain antarabangsa dan kebangsaan.

Antara yang dibawa masuk untuk memantapkan JDT musim ini ialah bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar dan Figueroa serta pemain Harimau Malaya, Amri, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar.

Skuad JDT musim ini juga diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain Harimau Muda, Fadhli Shas serta Irfan Fazail dan pemain kebangsaan Singapura, Baihakki Khaizan dan Hariss Harun.

Menurut Tunku Mahkota Johor, berbanding dengan JDT yang hanya memiliki dua pemain import luar Asia iaitu Aimar dan Figueroa, terdapat pasukan yang diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain import luar Asia.

Mengenai perlawanan pada Sabtu, baginda secara keseluruhannya berpuas hati dengan persembahan dan komitmen anak-anak buah Jiminez, tetapi berpendapat mereka boleh bermain jauh lebih baik daripada yang dipersembahkan.

“Walaupun tidak bermain dengan baik, mereka tetap mencatat kemenangan 2-0. Bayangkan jika mereka bermain dengan baik mengikut kemampuan sebenar mereka,” titah baginda.

Tunku Mahkota Johor turut ditanya mengenai insiden kekecohan yang berlaku di luar stadium selepas tamat perlawanan dan menurut baginda, PBNJ dan polis telah mengenal pasti tiga individu yang terlibat dengan kejadian pada Sabtu.

“Ketiga-tiga individu itu telah diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium yang mempunyai kaitan dengan pasukan Johor untuk seumur hidup”.

Sementara itu baginda juga mendedahkan perancangan untuk membina stadium baharu Nusajaya yang bakal menempatkan pusat latihan dan akademi bola sepak PBNJ, dengan kerja-kerja awalan dijangka bermula tahun ini.

“Baginda bercita-cita mahu melihat stadium baharu itu setaraf dengan “AllianzArena” di Jerman, yang merupakan stadium bagi pasukan Bayern Munich.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

7 Responses to TMJ tidak harap kejayaan segera

  1. padan muke 3 ekor tu.perak tu negeri saudara ada ramai jowo bugis dgn banjor berdarah johor.buat malu set2 melayu johor,jowo,bugis,banjor. nasib korang tak kena buang negeri.hahahah

  2. Aik apa ni tuanku
    Dulu cakap Kalau JDT tak menang satu piala musim ni
    Tuanku nak letak jawatan
    Sekarang cakap tidak hadapi an kejayaan segera pulak
    Macam musim ni tak target satu piala la pulak

    Sedih la patik macam ni
    Patik pun nak masuk dalam 3 orang yang di gangtung seumur hidup masuk je stadium kat Johor

    • Hehe… mcm mne ni… dlu lain… sikalang lain.. abis plyer n jurulatih team
      Lain kene kebas…. xpe la.. ade rezeki ad la ye…. artiquz…

  3. Kalau dah berjanji tu kena tunaikan.

  4. Kalau perancangan 5 tahun.. mesti ada development program. Masukkan pemain muda contihnya dari Piala Presiden Johor. Ni ambil semua pemain kebangsaan yang setengahnya dah melebihi umur 25 tahun. % thaun lagi mereka dah bersara!.

    Kalau ambil yg muda dan di campur dengan yang dah seniour tu baru ada development.

  5. hahah klakaq bag hangg!!! kalau rase taknak kejayaan segera tu jadilah mcm pahang….train ank negeri sendiri tup2 dah pegang piala….ni tak..duk saut player orang bayaq mahal2…amek player international taknak kalah dgn kelab epl….beli player kebangsaan mcm man city beli player still ckp taknak kejayaan segera?..phuihhh!

  6. Pingback: Jdt Fc - Maklumat Malaysia Update

Leave a Reply to mamat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>