Taufik sahkan komen Shahidan langgar Artikel 88 FAM

Shahidan Kassim komen Transformasi FAM - Artikel 88

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Taufek Abd Razak (gambar) mengesahkan kes kontroversi membabitkan kenyataan Datuk Seri Shahidan Kassim bakal dibicarakan apabila surat pertuduhan akan dihantar kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) itu, minggu ini.

Menurut Taufek, sekretariat FAM kini dalam penilaian terakhir mengenai pertuduhan dikemukakan ke atas Shahidan yang dikatakan melanggar Artikel 88 Peraturan 2010-2014 FAM.

“Tarikh perbicaraan kes ini belum diputuskan lagi kerana surat pertuduhan belum dikeluarkan sekretariat. Tapi saya difahamkan surat pertuduhan itu akan dihantar minggu ini atau awal minggu depan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan Shahidan mungkin dikenakan tindakan tatatertib berikutan kenyataannya yang menuntut transformasi dalam FAM bagi memastikan badan induk tanah air itu mendapat sokongan ramai pihak.

Transformasi yang dituntut bekas Menteri Besar Perlis itu turut menjurus kepada kesediaan FAM membantu pasukan yang mempunyai masalah kewangan.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu meminta kebenaran kongres terlebih dulu.

“Artikel 88 termaktub sebagai satu peraturan di bawah Statut FAM. Ia tidak menghalang seseorang membuat kenyataan, cuma mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu. Tapi, melalui Kod Tatatertib 4.5.8, walaupun seseorang itu mendapat kebenaran, beliau tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati seperti mengkritik atau menghina FAM.

“Dalam kes Datuk Seri Shahidan Kassim ini, kami akan tengok sama ada beliau mendapat kebenaran atau sebaliknya,” katanya.

Shahidan dalam reaksi balas terhadap kes itu baru-baru ini menyuarakan sudah bersedia mengadap Jawatankuasa Tatatertib FAM sekiranya dipanggil berbuat demikian.

Untuk rekod, sebelum ini Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pernah menjadi mangsa Artikel 88 apabila digantung dua tahun enam bulan pada April tahun lalu atas kesalahan mengkritik prestasi skuad kebangsaan.

Sebelum itu, Naib Presiden, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menjadi pegawai pertama badan induk kebangsaan itu yang dihukum pada 1991, disusuli Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pada 1991 dan 2007.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

32 Responses to Taufik sahkan komen Shahidan langgar Artikel 88 FAM

  1. woiiii…bukan ker mamat tu dah bagi statement sokongan penuh…dan kipas habis, kena juga ker..kesianyaa..

  2. persatuan dewa2 langit ke 17….tak leh komen kalau komen kena sambar petir

  3. you all tak reti2 ke, FAM dah ok kan, apa lagi nak tranformasi tu, gantung sampai mati jer, sesiapa yang kutuk FAM ni

  4. komen2 banyak nanti aku masuk tatertib n denda…duit pmn masyuk…heheheh

  5. FAM – persatuan paling sempurna di dunia. so sapa2 yang kritik memang cari penyakit la. selamanya FAM bangsat.

  6. kesimpulannya FAM diperintah oleh orang-orang yang ingat dia BIJAK, padahal TAK.. dia TAHU, padahal TAK juga.. TAK TAHU ape-ape pasal BOLA, hanya EGO saje..

  7. Ako rasa dah tiba masanya persatuan negeri dan kelab dibawah fam pakat tubik ramai2 buat pestabola merdeka sendiri bru fam tau langit tu tinngi ke rendah

  8. mmmm dah agak dah…. KAK SEMAH rasa baik org2 yg sayang bola kat MALAYSIA nie create LIGA baru… dan disertai oleh team mana2 saja yang suka.. yang penting LIGA baru nie bukan di bawah kelolaan FAM. Cari penaja2 yang kaya raya untuk taja.. FAM bukan boleh ambik apa2 tindakan pun atas PENAJA2 nie… kalau FIFA nak ban negara kita sebab ada 2 LIGA pun x perlah.. bukannya team MALAYSIA boleh main WORLD CUP 2015 pun… lepas FIFA dah gantung FAM sure pencacai2 dalam FAM akan kene letak jawatan…. apa selepas tu… korang fikirlah sendiri…. malas KAK SEMAH nak cita banyak2…..

  9. kena ingatlah, Malaysia ni ada juga sultan-sultan di semua negeri.. Kan? Sepatutnya jawatan tu, berilah kepada rakyat-rakyat di seluruh Malaysia.. Bukannya anak-beranak je.. saya bukannya marah seperti dalam memek muka di sebelah kiri tu, tp sekadar saje-saje je..

  10. kalau tak pun, kita masuk liga Singapura.. lagi best!!!

  11. jgn komen byk2,,,

    Report kt FIFA laa,,biar drg yg profresional urus geng2 tu,,,br taw..

  12. dia merajuk sebab tak di tolong FAM, hutang dgn along pon dah berlambak… FAM pun takut dgn along

  13. nak bersuara pun kna mintak permohonan dulu ka? ai??? politik2..mcm ni bila Malaya nk msuk piala dunia

  14. TOpeK: ko ni shahidan… kalo ko nak buat tranformasi dalam FAM…aku pun kena jugakkkk….sebelum ko kenakan aku lebey baikkk aku kenakan ko dulu ha..ha..haa..amacam tuan presiden???
    Tuan presiden F.A.MAHARAJALAWAK: hukum si shahidan tuuu…pandai2 dia nak main ngan aku yea…..
    TopeK: ok shahdan… ko dihukum…gantung tengok bola seumo hidop walau kat tv dirumah………

    • donga pasal bola kat radio-o- boleh??

      • Topek: Nanti aku tanyer bos aku buleh ke tidak?
        boss…..,shahidangg nak donga kat radio, boleh?
        Presiden F.A.MAHARAJALAWAK: kalo aku dah benci..kat radio pun Haraaaaaaaaaaammmm……
        Topek:errr shahidangg…..tak boleh…bos aku tak bagi gak….

  15. bro dia bagi statement perli la bro..luu kena faham ayat2 kiasan nie..keh3

  16. inilah akibatnya kalu dh kerabat yg pegang bola..semua bt undang2 rimba..bilala nk maju bola sepak kita nie…

    • takkan shahidan sokong FAM cara bergurau pun salah.. yang dah jelas salah bawa 6 laras. Tapi FAM kata okey PBNJ tak salah…. shahidan perli 600 salah pula.tapi memang betul le takkan nak lawan penyokong 30k dgn enam
      laras/ 6 orang saja memang tak menang le….napok bijak demo shahidan.. hi.bergeliga punya otak,,. memang FAM tak sekolah ni..Apa jenis law pening.. mcm Listen222..1malaysia juga…

  17. Memang ler perli bro haikal…ataukah shahidan nak buat lawak? Pape pun, takkan nak amek tindakan tatatertib? Tolol benar lah FAM klu amek tindakan atas perkara yang tak besar mana ni

  18. Pingback: FAM jangan double standard | Sokernet

  19. tak per kasi FAM cantas abes biar tinggal judin seko jer kat atas tuh baru sedap naik gaji biar sejuta sebulan

  20. artikel lapanglapang88

    kita tgok lpas ni … akan ada suatu yg kita harapkan berlaku… org2 kuat dah kne baned.. tngguuuu..masa kne gantung nt..depa akan buat suatu yg spt PFSLJ mau kan… reformasi itu FArM..

  21. nk bersuare kne bt permohonan dulu..mcm iras2 plk isu amanat haji hadi tu,nk explain kt tv bleh tp kne wat rakaman dlu..mcm same due entiti nih..haha..tapi xley cmpur adukkn politik ngn bola kn..keh3

  22. selagi tak tukar ajk fam, sampai kiamat pun bolasepak malaysia x maju

  23. Tuan Presiden : Topek,kau uruskan shahidan ni,beta nak keluar negara jap,ada urusan psal hobi beta.

    • topek: Beresss boss….jangan lupa buat balik ole2 nanti ya…
      Tuan presiden: ko ni topek…sikit2 nak ole2 …kang aku pecat ko baru tau…
      sori boss…jangan pecat saya..sekarang gak saya uruskan shahidaN….(PADAN MUKA SHAHIDAN…TU LAA..TAK PANDAI NAK MENGAMPU MACAM AKU…HE.HE.HE..)

  24. aih org bagi kritikan membina pun kena jugak? benci dowh geng2 kaki kipas ni. cian kat org yg bijak pandai tapi tak diberi perhatian. tu la selagi org di atas tak tukar, selamanya bola sepak kita tak maju disebabkan pilih kasih and double standard.

  25. Pingback: Kurang 24 jam untuk Shahidan jawab tuduhan FAM | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>