Shahidan sedia lepas jawatan Presiden Bola Sepak Perlis

Shahidan Kassim

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini menyatakan hasrat untuk berundur daripada meneraju persatuan itu jika ada pihak lain yang berminat menggantikannya.

Beliau yang menawarkan jawatan itu kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, berkata PFA memerlukan peruntukan yang besar untuk kembali gah dalam saingan liga.

“Saya tahu beliau (Md Isa) tak minat bola sepak, tetapi beliau mempunyai sumber kewangan untuk meneraju sukan ini,” katanya pada sidang media, di sini.

Shahidan berkata kekangan kewangan menyebabkan PFA gagal menyerlah dalam saingan Liga Perdana musim ini sehingga terpaksa beraksi dalam Liga FAM musim depan.

Katanya sejak meneraju PFA pada 1998, beliau berkorban dari segi kewangan demi memastikan skuad Singa Utara yang pernah menjulang Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 itu terus hidup.

Beliau turut mengaitkan kegagalan musim ini dengan penyelewengan segelintir pemain Perlis.

Pada masa yang Shahidan meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan garis panduan berkenaan gaji pemain, agar tidak timbul perbezaan ketara antara pemain pasukan ‘kaya’ dan ‘miskin’ sehingga menimbulkan kesan negatif kepada pemain itu sendiri.

– Bernama

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Shahidan sedia lepas jawatan Presiden Bola Sepak Perlis

  1. habis madu sepah dibuang..begitulah.. Pak Dan seolah2 myifatkan FArM dgn pepatah “kera dihutan dipampeskan,anak dirumah berak bertaburan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>