Riquelma tuntut RM1 juta sebulan sertai Johor

Juan Roman Riquelme ke Johor?

PASUKAN Liga Perdana, Johor dilapor telah membuat bidaan untuk menandatangani bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme musim depan.

Mengikut laporan akhbar The Star, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan presiden Johor FA memberitahu di laman Twitternya bahawa mereka akan berbincang dengan pemain itu selepas dimaklumkan beliau tidak akan menyambung kontrak dengan Boca Juniors.

Riquelme adalah pemain bertaraf dunia yang kedua telah dikaitkan dengan Johor FA. Sebelum ini, terdapat perancangan untuk mendapatkan Gabriel Batistuta sebagai penasihat Johor FA.

“Ejen kami telah diarahkan untuk menghubungi Riquelme dan membincangkan tentang perjanjian musim depan. Buat masa ini tiada apa-apa pengesahan. Kami masih mencuba untuk mendapatkannya,” kata Tunku Ismail melalui Twitternya.

Menurut sumber The Star, Johor FA berminat untuk mendapatkan Riquelme bagi saingan Liga Perdana musim depan.

“Riquelme adalah salah satu pemain yang dikenal pasti oleh Tunku Ismail yang boleh memberikan impak kepada pasukan dan juga menarik ramai orang ke stadium,” kata sumber tersebut kepada The Star.

Menurut sumber tersebut juga, bekas pemain Argentina, Gabriel Batistuta yang dikaitkan sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat Johor FA untuk membawa masuk pemain dari Amerika Selatan.

Terkini: Tunku Ismail memberitahu di Twitter bahawa ejen mereka memaklumkan Riquelme telah meminta bayaran sebanyak RM1juta sebulan untuk menyertai Johor FA.

Tunku Ismail juga turut berminat untuk mendapatkan D’Allasandro, David Trezeguet, Michael Owen, Elano, Pablo Aimar dan beberapa nama besar yang lain. Difahamkan mereka sedang menimbang perjanjian yang terbaik.

– Espnstar.my

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

58 Responses to Riquelma tuntut RM1 juta sebulan sertai Johor

  1. RM1 juta sebulan !!! Buat apa lah membazir duit. Ingat Johor buleh jadi kuat ke dgn sorang pemain. RM100,000 sebulan pun dah terlalu tinggi. Harap2 tak jadi. Sayangnya tok aku tengok RM mengalir keluar lagu tu aje. Berapa ramai rakyat miskin buleh bahgia dengan duit sebanyak tu.

  2. Pelaburan yang sia2….

  3. aku tak nak komen pasal johor takut!!!!!!!!!!!!!!

  4. tggu komen rakyat johor sendiri mcm mane…

  5. berapa kaya dah anak branak al-sultan johor…1 Bulan 1 juta x 12= ????..pakcik seeker mana dahhhh…

  6. kelantan akan bawa masuk tevez

    • Xpyh tevez2 bagai..byk team2 malaysia yg ok pengurusannya tanpa harap sorang pemain je,kena jaga jgk player tempatan..tgk musim ni kasut emas dah dpt kat import,player kita tgk aje..PBSJ jgn duk berlagak canang Riquema la,batistuta la, bukan bleh menang liga setakat sorang tu main..kena perbaik dr seluruh aspek pengurusan,kejurulatihan & skill pemain..bukan duk pompang2 1juta la, 2juta la..buat malu je..

  7. Ayuh… kata dikota!… inilah pimpinan yang kita nak… apa sangat duit sejuta sebulan tu… yang penting maruah Johor… takkan lawan Majlis Bandaran pun boleh kalah heheh

  8. sejuta sebulan? baik buat bida plate kereta no 1! dpt hasil ke kerajaan. tp berbaloi ke utk setakat liga perdana?

  9. rm 1M setiap bulan..kalo setahun dh rm12M..kalo bg kat persatuan bolasepak negeri yg ada financial problem..lagi bagus..

  10. perogol kanak kanak

    angan2 mat jenin

    • anti perogol dan pelancap

      Buruk sungguh apa yg tersirat pada nama2 korang ni – mungkin juga kepala korang pun kotor macam tandas tersumbat. Korang buat apa kat gelangang bola ni. Kalau dapat kat aku aku sula kau dengan gergaji.

    • hebat betul bapak lu bagi nama.Pas tu mesti adik lu nama perogol lembu….kalau orang rogol lembu kena hukum sebat tak???))

  11. Perghhhhh….Johor ni berlagak jerr lebeh…Liga perdana pon tak lepas,nak amik pemain pencen argentina konon .1 juta sebulan lak tu..hadiah johan liga perdana Rm 300 ribu jer …Liga super rm 750 ribu jerr .Bayar 1 juta kalo dia main sorang takpe laa.temberang ajer…

  12. …amik je player player top dunia…
    …bila lagi nak tengok live depan mata…
    ..bukan kita bayo gaji diaorg pun…
    ..kita bayo tiket masuk..

  13. Tong kosong je ni. Bunyi bukan main lantang, tp dlm takde apa pun.. Baik duit sejuta tu buat beli pemain-pemain yg top dr liga super mcm ATM buat. Jgn la membazir sgt ye.

  14. tak payah takat nak ambik sorang bayar sejuta. baik pegi kutip pemain kat negeri lain offer 30k sebulan sorang dah cukup bagus. kalu 10 org baru 300k sebulan. byk lari tu. pas tu pegi ambik import dari afrika 2 org, total tak sampai pun 500k sebulan. ambik jurulatih korea ke, bayar 50k. aku rasa lagi effective. ke macam mana bohhh……

  15. Itu harga belum nego….kan banyak pilihan tu .Jangan pendek akal.

  16. bayar RM1j utk Riquelme… Tindakan paling bodoh, kalau PBNJ buat. Ikut nasihat Nasik Dagang tu.

  17. what the hell..karut r sume ni..bazir x abis2!

  18. abih la tanah kt negeri johor kna juay bb byr gaji pemain…………..

  19. banggang abadi…nk ke plyer2 yg di label lagend men liga perdana.

  20. tangankiriRonaldinho

    Ronaldinho pun berminat gak ke Liga M nih… heehehe

  21. Ingt sikit sejarah tony cotee main ngn selangor.main tk seberapa demand yg over.

  22. dengan pelqburan la dpt meningktkan balik matuah bola sepak negara…tp ak hrap betulkan stadium 2 dlu…

  23. penulisan yang kreatif..lawoklawoklawok..wargghhhhh!!!kahkahkahkah

  24. 1m..tak termasuk elaun lagi..hidup johor.Alangkah eloknya dgn duit tu dilaburkan untuk budak2sekolah yg mpunyai bakat utk dilatih di ekedemik bola yg terkenal pastu ikat kontrak dgn johor.mmg ambik masa tapi berbaloi.

  25. jangan cabar sultan nanti yang merananya umat di Johor kalau Sultan kotakan bual kosong ni.

  26. Johor Bakal mnjadi Kuasa Besar Bola Sepak Malaysia, Pelaburan yg Cukup Bijak,dengan ade perancangan dan pembangunan seperti ini Bola Sepak Malaysia akan diletak Taraf yg Tinggi…
    1. ramai peminat akan ke stadium
    2. pendapatan akan bertambah dari jualan
    – Jualan Tiket
    – Iklan
    – Penyiaran Siaran Langsung dlm & luar M’sia
    – Jualan Barang Sukan
    – Sponsor yg Banyak

    3. Melahirkn pemain yg lebih Berkualiti
    4. Menjadikn Nama Liga Malaysia setanding dgn Jenama Sukan Besar Negara Luar Seperti EPL dll.

    • Berapa banyok RM akan mengalir keluar. Import yg biasa2 udahlah. Tengok ewana, gaddar, forkey doe….cukuplah untuk level liga-M. Sambil tu pemain local buleh tingkat quality….macam team klate. Kalau beli Messi pun, team mungkin naik sekejap….bila Messi balik, team balik asal. Sepatutnya jangan curi pemain klate….biar team tu jadi penanda aras untuk team lain. Kalu dok pi curi, kelate jadi lemah….takdok lah penanda aras untuk team lain meningkat.

      • Tapi kalau betul Juan Roman Riquelme tu turun,lu mesti nak tengok die main jugakkan bro~~ hehe…macam mane ni..bila beli player murah,main ntah pape,tak skor,korg kutuk die.bodo la tak berbaloi..bila beli yang bertaraf dunia,mahal,korg ckp membazir..huhhh

    • Bekas Pemain Johor

      Tok Ketua lupa satu perkara yang lebih penting….

      5. Era kejatuhan bolasepak Malaysia akan berulang.

      Seperti pada awal 90an hingga awal alaf baru Liga Malaysia dikuasai pemain import terutamanya penyerang menyebabkan pemain tempatan tenggelam seterusnya menyebabkan negara ketandusan pemain yang baik dan berpengalaman untuk menandingi negara2 lain.

      • Takpe la der..sekurang-kurangnye itu adalah salah satu langkah yang diorang nak ambil untuk tingkatkan lagi mutu bola sepak kite..Kalau memikirkan benda yang lebih penting tu,takde la nampak perubahannye kan..aku hormat die sebab berani mengambil langkah tersebut.lu berani?? setiap tindakan ade pro n contra,baik buruk,risiko…

      • Tu yg aku dok nak habaq tu. Sekarang bekas pemain johor sendiri komen….korang tak percaya lagi?

  27. Ape komen niii semua.sultan johor nak naik kan bola johor. Biarlah dia ambil semua player barcelona sekali pun. Itu dia punya pasal asalkan dia tak susahkan rakyat tak ape. Sultan johor mesti guna duit dia sendiri demi bola johor. Dia ada duit sebab tulah dia nak spend habis habis.

  28. gile arh..pemin yg dikaitkan semua pemin fav ak yg dulu2..riquelme, batistuta, pablo aimar, d alesandro..sultan johor nie npk sgt fan argentina..haha~

  29. pecinta bolasepak

    Nak tegelak pun ade bace komen2 korg ni..nampak benor jeles johor nk bli player mahal2..ni la org malaysia..mmg sgt malaysia..duit tu duit die..sukati die la nak bli sape pon..bukan keluar dari kocek korang..die buat mcm 2 nnti org akan pnuhkan stadium..pas2 nnti naikla harge tiket..pastu die jual lg jersi, die tarik sponsor..ni bisnes namenye..klo pendek akalnye jgn nk memandai..sekian

    • betul tu.biarkan la die nak beli sape ke nak buat ape ke..tujuannye nak naikkan bola sepak negri johor.jahat ke niatnye tu?ni memandai sembang rugi lah membazir lah buat ini lagi baik lah buat itu lagi bagus lah..memang indah mulut berbicara bro~ awak kasi buat boleh????

  30. hahaha… jgn komen2 gpo2, xpasal2 kea kno mroh ko kerabat johor… bhaya2

  31. Takde makna nak jeles oii…jd lah team yg mengeluarkan player berkualiti..bukan main beli,pastu player tempatan tenggelam..ini dah terjd, zaman 1990an dulu player tempatan merudum harga sbb bayar gaji player import mahal sgt…rmai kat sini bg pendapat,bukan nk jeles sbb blum tentu next season eksperimen ni jd ke tak..

  32. johor = manchester city
    kelantan = liverpool
    selangor = manchester united
    ATM = chelsea
    liga M kena ada team2 dominan baru seronok tgk!

    • ape plak Kelantan jadik liverpool weh? tuka kelantan=man u, selangor = loserpool. baru ngam

      • tak perlu la ko nak mengaku MU, cukup aku letak ko team cap ayam, kalau baru menang 2x piala malaysia, tak payah perasan hahahahah afc sampai akhir pun kau tak lepas, selangor dah pernah sampai peringkat akhir, negeri ko ada?

      • kepala lutut pak lu...

        Tak abis2 puak sakai kelantan ni dok denky dgn org lain..

        Cuba2 lah jadi org yg bertamadun sikit.. patotlah negeri mundor tahap cipan..

  33. requelme xnk dtg msia…die pikir byk benda..dr atas pdang smpai la ke nss lemak roti cnai teh tarik..jeng aku katanya…

  34. kereta kebal sarawak

    saya ni org sabah…saya sokong semangat pasukan johor,ini lah yang kita nak,kita berusaha untuk memajukan liga kita,mana tahu johor jadi pasukan top dekat AFC Champions League,bukan orang lain juga yang bangga,kita rakyat Malaysia juga yang bangga nanti kan…keberanian Johor sangat dikagumi…\m/…

  35. takkn nk dok mcm tu jee,bg cabaran lah kt club2 ,bila ade saingan adelah peningkatn,mutu liga malaysia akan ade peningkatan,ape pun JOHOR mulakan dulu yg lain akan menyusul..all the best JOHOR..

  36. terbaek bro…

  37. pada aku.. bagus gak Johor buat mcm nie… sbb sprt yg kita lihat standard Liga Kita dah lama merudum.. tp lps kebangkitan TRW..(bukan sekadar Team, tp penyokong juga) yg sentiasa memenuhi stadium.. dr awal hingga akhir.. dpt meningkatkan mutu permainan serta pelaburan pasukan. FAM juga perlu alert.. klw dah stadium sentiasa penuh.. confirm la duit FAM makin byk xgitu.. abis.. duit tu xkn FAM nk simpan buat beli bola kot.. up la hadiah kemenangan liga perdana 5juta liga super 10juta.. Tiket nk mahal2.. bile nk klua duit mcm2 alasan..

  38. tp kalau standard naik pun.. player bagus2 pun.. tp pemilihan pemain utk Squad Harimau Malaya asik org yg sama je. pilih anak buah sendiri n yg direkemen oleh org atas je baik xpayah..

  39. kepala lutut pak lu...

    Suka hati TMJ la dia nak bawak siapa masuk. Geng2 kelantan haprak meskin tak habis2 nak dengky.. Pasal tu la tuhan tak mo kasi negeri tu kaya. Hasad dengky tebal sangat. Sampai kiamat la tak boleh merasa hidup senang..

    Lagi satu. TMJ bayo player dia pon bukan dia mintak duit abah korang pon… so apa ada hal..

    Cuba la jadi org yg bertamadun sikit wahai org2 kelantan. Bukak la hati dan akal anda..

  40. ni satu lagi sesuai dengan peribahasa ” yang dikejar xdapt,yang dikendong berciciran” dgn sambungan “kera dihutan dipampeskan,anak dirumah berak bertaburan”

  41. johor dt cityzen

    sultan johor kaya bnyk business untung 1tahun je beratus juta stkt nk bg 1 juta beli plyer apa lh sngt.ko org je tk tahu ini semua business berjuta -juta. dan tmj nk satu kan rkyt johor. nnti dpt untung boleh bikin stadium baru boleh muat 100ribu org.lps tu buat akedemi bola johor dt…ambik budak2 mcm soccer kid. go johor dt go

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>