PKNS tidak risau padang tiruan Lions

lions xii vs pkns fc 2013

PENGENDALI PKNS FC, Abdul Rahman Ibrahim menyifatkan padang tiruan di Stadium Jalan Besar bukanlah masalah utama yang perlu dirisaukan anak buahnya menjelang aksi Liga Super menentang Lions XII, malam esok.

Menurutnya, faktor padang tidak boleh dijadikan alasan kerana kebanyakan pasukan yang bertandang ke Jalan Besar gagal mempamerkan aksi terbaik.

“Jika dilihat pada rekod setiap perlawanan di sana, ia memihak kepada tuan rumah. Namun, bagi saya kekuatan mental harus diubah sebelum perlawanan berlangsung.

“Saya fikir mentaliti pemain juga perlu diubah. Kita tidak boleh beri alasan rumput tiruan ganggu rentak permainan,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Rahman optimis PKNS mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari Tambak Johor.

“Mereka ada kelebihan bermain di gelanggang sendiri. Tapi, saya berpesan kepada pemain, ia adalah cabaran yang perlu ditempuhi.

“Satu mata sudah memadai dan jika menang ia bonus buat pasukan,” katanya.

– Sinar Harian

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>