Piya pemain serba boleh

Piya badhri radzi

JENERAL padang Kelantan, Mohd. Badhri Radzi sepatutnya menyertai skuad kebangsaan sejak lima tahun lalu dan beliau perlu diberi tugas mengemudi jentera tengah Harimau Malaya.

Demikian luah legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar yang bersetuju dengan pandangan bekas jurulatih The Red Warriors (TRW), Datuk M. Karathu seperti yang dilaporkan Kosmo! semalam yang mahu pemain berusia 31 tahun itu diberi peluang untuk membuktikan kehebatan di pentas antarabangsa.

Menurutnya, Mohd. Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya, berjaya meletakkan dirinya dalam kelas yang tersendiri apabila memiliki segala kelebihan yang diperlukan sebagai seorang pemain tengah dalam sesebuah pasukan.

“Pemain tengah ini ada pelbagai kategori, ada yang beraksi sebagai pemain tengah hanya untuk melengkapkan kesebelasan utama, ada juga pemain tengah yang disenaraikan dalam pasukan kerana mempunyai kelebihan lain seperti sepakan percuma tetapi tidak mampu untuk memberi impak.

“Tetapi, Piya melengkapkan kesemua kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang pemain tengah yang baik. Kawalan bola, hantaran, sepakan percuma, membaca pergerakan rakan sepasukan dan menjaringkan gol adalah aset yang cukup bernilai untuk seorang yang bernama Piya ini,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, enam musim beraksi pada perlawanan akhir termasuk membantu Kelantan menjulang kejuaraan trebel musim lalu, serta mempertahan kejuaraan Piala FA untuk musim kedua berturut-turut selain dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir, sudah cukup buat Piya melengkapkan resume untuk dipilih menyertai skuad kebangsaan.

Katanya, dalam sesebuah pasukan bola sepak, mencari dan menghasilkan seorang pemain tengah yang baik adalah cukup sukar berbanding pemain di posisi lain kerana posisi tersebut memerlukan pemain berkenaan untuk mengawal keseluruhan pasukan.

“Pemain tengah harus mempunyai kemampuan memegang bola, berani membawa masuk bola ke kawasan lawan kerana dalam bola sepak, jika anda mampu untuk memegang bola dan membawa masuk ke kawasan lawan sejauh 20 meter itu adalah sudah cukup baik.

“Lihat apa yang dilakukan Piya, dia mampu menggelecek pemain lawan, membawa masuk bola, mampu melakukan hantaran dan membuka gerakan. Apa lagi yang diperlukan oleh seorang jurulatih jika bukan pemain tengah sepertinya.

“Perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu menyaksikan Piya menjadi arkitek untuk ketiga-tiga gol yang dihasilkan Kelantan dan malam Sabtu lalu, dia sekali lagi membuktikan betapa Kelantan antara pasukan yang bertuah kerana memiliki pemain sepertinya apabila bola hantarannya disudahkan dengan baik oleh Mohd. Norfarhan Muhammad,” ujarnya.

Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Piya hanyalah seorang ‘jaguh kampung’ kerana berjaya membuktikan kehebatannya ketika beraksi bersama Kelantan sahaja dan gagal memberikan aksi terbaik di peringkat yang lebih tinggi, Dali menjawab: “Piya ‘wajib’ diberikan peluang untuk berada dalam pasukan seperti mana pemain regular lain dalam skuad kebangsaan. Jika dia hanya diberi peluang untuk beraksi untuk tempoh 45 minit atau kurang, kemudian anda cuba untuk kritik corak permainannya, itu adalah tidak adil.

“Jika dia (Piya) mahu dibandingkan dengan Safiq (Rahim), dia perlu diberi ruang seperti mana yang diperoleh Safiq dan kemudian barulah anda boleh komen atau kritik aksinya.

“Harimau Malaya perlu mengekalkan Shakir Shaari dan membawa masuk Piya untuk melihat perubahan dan saya yakin impaknya nanti pasti akan positif.

“Soal menang atau kalah adalah perkara yang berbeza tetapi, untuk kita melihat perubahan dalam permainan skuad kebangsaan, senaraikan Piya dalam kesebelasan utama kerana saya fikir dia sudah bersedia untuk menggalas tugas baharu itu,” jelasnya.




coded by nessus

20 Responses to Piya pemain serba boleh

  1. Jangan harap keling tuh nak pilih Piya.Gobal nih ego x bertempat.apa yang diotaknya dia hanya nak sapik nga amar rohidan jer main untuk HM

  2. piya mmg serba boleh. killer pass piya yg byk mengucar kacirkan pertahanan. tukar gopal, selesai masalah.

    • TARA BULE MACHA. SAYA TARA SENANG SAMA ITU PIYA. BUNTUT DIA TARA SAMA ITU AMAR ROHIDAN. SUKAHATI SAMA SAYA SEBAB KENAL PEMAIN SAYA!..

  3. Piya dah pun menjangkau 30an..3,4thn lg mgkin akan gantung boot..peluang utk main utk negara sgt sukar w/pun 2,3thn ni beliau amat cemerlang..tp nk buat mcmana pihak berkenaan buat2 xnmpak,sebnrnya ini satu kerugian..tp bg peminat TRW & rakyat Kelantan Piya akan jd lagenda dlm sejarah bolasepak Kelantan MBR16-GKG

  4. 3/4 tahun lagi kudrat piya masih boleh diguna jika mahu..tp apakan daya

  5. JDT_yang kecewa!!!

    Saya sokong 500%…Abang Dali Omar!!!!

  6. Beri peluang pada Piah dato Raja.

  7. Saya Kenal Pemain Saya .Saya tidak kenal Piya .

  8. This Pantai Timur!!!.

    INDIA INI MEMANG ANTI DGN KELANTAN,SELAGOR PUNYA PEMAIN RAMAI TAK APA…..tapi tidak Kelantan….sampai bilapun x kemana team Malaysia ini!!!!

  9. Amar Rohidan lagi power hehehehe

  10. demokrasi terpimpin

    sapik mana ada main malam tue

  11. tak payah la suruh piya main national team. hari tu dia main hampir semua player regular cuba x nak passing kt dia. x tau la jaki ke ataupn arahan keling tu.
    buat apa kalu nk jadikan piya national team klu nk cari modal jatuhkan dia.

    • Sebab tu lah aku dan seluruh rakyat kelantan lebih berminat nak tengok game melibatkan trw berbanding harimau malaya. Bukan tak sokong bolasepak kita tapi jelas game trw lebih menghiburkan. Kalu tak caya cuba harimau malaya buat friendly dgn trw. Kita main di kb. Takkan sukar kot nk ke kelantan, pegi australia tu buleh.

    • K raja gluing pun jurulatih serba boleh
      Boleh jahanam kan HM
      Boleh temberang
      Boleh BELAH

  12. sudah cukup cukup sudah… biar sahaja RG hendak pilih siapa pun. dia punya pasal. akhir tahun ini sudah habis kontrak dia. lepas ini siapa yang komen banyak ..ambil alih la tempat RG ..tengok macam mana. player2 malaysia memang LOW CLASS.. siapa coach pun tetap sama.. siapa player yang masuk pun tetap sama. itu yang kita semua patut terima ..sekian terima kasih..

  13. Aku….punya suka….nak pilih SIAPA!!!!!

  14. SafeeYgMenungging

    motor SYM the best!!!! macam Piya jugak!!!

  15. sokong abang dali omar.kalau setakat bagi peluang pada piya hanya 15minit or beberapa minit sahaja itu tidak adil.tapi kalau piya tak wakil national team pun ok jgak.sebab kebanyakan yang wakil national team, bila balik untuk main negeri lain dah mainan.tak mantap..

  16. Ikut hang le keling janji msia tak naik2…,.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>