Piala FA: Kelantan lawan Selangor di separuh akhir

JUARA Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih, Kelantan akan membuat perhitungan dengan Selangor selepas kedua-dua pasukan menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat suku akhir Piala FA malam ini.

Kelantan menewaskan Felda United 3-0 [LIHAT VIDEO] untuk mara dengan agregat 5-2 manakala Selangor menang 2-1 ke atas Johor di Stadium Larkin untuk kemenangan agregat juga 5-2 selepas Red Giants menang 3-1 dalam aksi pertama di Shah Alam.

Sementara itu Terengganu melengkapkan penguasaan pasukan Pantai Timur selepas menyingkirkan Perak 5-4 secara agregat apabila menang 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. [LIHAT VIDEO]

Perlawanan pertama di Ipoh 15 Mac lalu Perak menang 3-2.

Terengganu akan menentang Pahang di peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada 13 Mei nanti.

Kelantan pula berdepan Selangor di Kota Bharu pada 13 Mei sebelum aksi separuh akhir kedua berlangsung di Shah Alam pada 16 Mei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>