Perak hilang 11 pemain senior, Farizal ke Selangor

Farizal Marlias

Sebelas pemain berpengalaman akan meninggalkan Perak secara beramai-ramai untuk menyarung jersi negeri lain dalam Liga Super musim 2014 depan.

Perpindahan itu berkait rapat apabila jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mahu bersama-sama dengan skuad Seladang lagi.

Difahamkan mereka juga enggan berada di bawah bekas jurulatih Piala Presiden, Abu Bakar Fadzim yang mengambil alih tugas Azraai.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengesahkan bahawa penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias akan berpindah ke Selangor.

Selain kehilangan Farizal, penjaga gol kedua, Khairul Amri Jamaluddin menyatakan hasrat untuk pulang ke Pulau Pinang.

Selain itu katanya, penyerang, Abd Hadi Yahya yang memenangi Kasut Emas 2011 turut memohon menyertai Terengganu.

Hadi yang masih berbaki kontrak setahun itu hanya mampu menjaringkan tiga gol sepanjang musim 2013.

Kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa sudah menyatakan hasrat untuk beraksi dengan skuad Felda United.

Selain itu, S. Chanturu, Mohd Shahrom Kalam, V. Thirumurugan, M. Sivakumar, Mohd Failee Ghazli, Mohd Rafiuddin Roddin dan Mohd Azlan Ismail juga berhasrat untuk berpindah.

Walau bagaimanapun difahamkan, Perak sudah mempunyai senarai sepuluh pemain dari negeri lain bagi menyarung jersi skuad Seladang.

– Peraknews.com

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

5 Responses to Perak hilang 11 pemain senior, Farizal ke Selangor

  1. peh…makin seronok la liga malaysia lepas nih.

  2. ok la tu.. kuar je.. ddk sana kalah kena tuduh rasuah.. b8r keluar je.. management truk…. menang disanjung.. kalah??

  3. cucu tok berjanggut

    Aku sokong. Asal kalah rasuah. Asal kalah jual game. Amende ni. Sapa pun akan kecik hati. Elok la pi join team lain yg tahu menghargai pemain. TRW banyok kosong, coba2 la memohon. Manatau buleh bersinar kat sana macam yang baru berhijrah tu.

  4. macam mano nak swastakan LIGA kalau managment macam ni . palyer pun ada MARUAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>