Pemain positif dadah selepas aksi Final Piala FA 2013

Final Piala FA 2013 Kelantan vs JDT Johor DT

Seorang pemain Kelantan atau Johor DT gagal ujian doping

Salah seorang pemain pasukan finalis Piala FA pada 29 Jun lalu didapati bersalah terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan berkemungkinan bakal berdepan hukuman berat digantung seumur hidup Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tertuduh yang hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan didapati bersalah selepas positif dadah menerusi ujian doping selepas perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, berakhir.

Dalam aksi kemuncak Piala FA itu, Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan hasil kemenangan 1-0.

Bagaimanapun Jawatankuasa Tatatertib badan induk bola sepak tanah air itu yang bersidang semalam memutuskan untuk menangguhkan dulu hukuman ke atas pemain berkenaan bagi memberi peluang kepada tertuduh dan pihak persatuan bola sepak terbabit memberikan keterangan minggu depan.

“Ini membabitkan hukuman ke atas pemain itu, jadi kita berpendapat untuk berlaku adil bagi pihak pemain dan persatuan bola sepak berkenaan supaya hadir memberi keterangan. Apa yang saya boleh maklumkan, hukuman maksimum gantung seumur hidup boleh dikenakan bagi kesalahan seperti ini,” kata pengerusinya Datuk Taufek Abd Razak yang enggan mendedahkan nama pemain itu sehingga hukuman dijatuhkan.

Menurut Taufek, keputusan ujian doping itu diketahui serta merta pada malam perlawanan itu dan mereka sudah memaklumkan kepada pemain dan pihak persatuan pasukan terbabit untuk melakukan ujian doping kali kedua jika tidak berpuas hati dengan keputusan ujian pertama itu namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Selepas keputusan ujian doping yang pertama dikeluarkan, bukan tanggung jawab FAM lagi untuk membuat ujian kali kedua ke atas pemain itu. Berdasarkan surat pada 19 Julai 2013, kami sudah memaklumkan kepada pasukan berkenaan supaya membuat ujian kedua jika tidak berpuas hati dan ujian itu hendaklah dilakukan di India (WADA, Agensi Anti-Doping Dunia) dalam tempoh tujuh hari.

“Tapi mereka tidak memaklumkan kepada kami sama ada ujian kedua itu dilakukan ataupun tidak,” katanya.

Namun Taufek menjelaskan kesalahan itu hanya membabitkan pemain dan pasukan terbabit tidak dikenakan sebarang tindakan.

Dalam mesyuarat yang berlangsung hampir lima jam itu, Taufek memaklumkan Johor DT dan Pahang turut dikenakan denda atas kekecohan penyokong yang berlaku pada perlawanan Liga Super musim ini.

Beliau berkata, Johor DT didapati bersalah atas dua daripada tuduhan yang dikenakan ke atas mereka pada perlawanan menentang Selangor di Larkin pada 6 Julai lalu dan didenda sebanyak RM25,000.

“Johor DT mengaku bersalah dan dikenakan denda RM10,000 atas kesalahan penyokong membaling gulungan resit ke dalam padang manakala didenda RM15,000 kerana kesalahan penyokong membakar suar. Namun pihak jawatankuasa membatalkan tuduhan ketiga membabitkan keselamatan penyokong di stadium itu.

“Pahang pula dijatuhkan hukuman denda RM35,000 kerana sebagai tuan rumah gagal menyediakan anggota keselamatan selepas tamat perlawanan dengan LionsXII pada 17 Mei 2013. Pahang didapati bersalah meskipun mereka memfailkan pembelaan,” katanya yang mengarahkan Johor DT dan Pahang supaya menjelaskan denda berkenaan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemberitahuan diterima.

Menurut Taufek, bagi mengelakkan konflik kepentingan beliau tidak mempengerusikan kes membabitkan Pahang sebaliknya kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pengerusinya, Adenan Osman.




coded by nessus

10 Responses to Pemain positif dadah selepas aksi Final Piala FA 2013

  1. siapa pemain itu??????

  2. aku rasa pemain kelate ni, tidak pun kes minum tokat ali sebelum ujian tu, jgn baham pil kudha sudah la kalau main kuda mmg takde ubat la jawab dia

  3. mana adil kena gantung seumur hidup.. gantung 9-10 game dah memadai! dadah tu boleh datang dari mana2 je, entah ubat ke tersalah makan ke.

    • kau tahu ke dari mana dadah tu? sape2 boleh cakap tak ambik utk cover line. tp ramai atlit boleh ambik jgk. org terer pun dah ramai ambik dadah tapi utk tenaga mcm steroid. tp kalau dia sendiri dah memang mengaku salah, salah tetap salah.sapa suruh jadi penagih walau utk dadah jenis tenaga.

  4. kalau pemain kelantan
    sure gantung seumur hidu
    kalau pemain JDT
    sure bole settle
    tengok la nanti

    • mana kau tau leh settle?kau tu sekolah ke tak?benda tak jadi apa2 lagi kat org lain kau leh jd tukang tilik pulak. kau tau ke tu kira fitnah. fitnah lagi dosa dari membunuh. kau belajar lagi ler.

  5. Laaah de mat pet upenyer player dorang…Igt kat kl je besepah.Patut jadi laju dan kuat macam ali cafe…HAHAHA

    • mengata org lebih, ko sendiri xde beza pun buat fitnah, ko reti baca ke x?? dulu pegi sekolah ke x?? bodoh sikit2 dh la.. artikel kat atas tu bgtau player tu x main pun, reserve je, dh tu nk kaitkan laju kuat tu apehal, dh org tu x main, aku pinjam ayat ko kejap eh “fitnah lg dosa dari membunuh”..

  6. Pemain tersebut mkn supplement je..lg pun ujian doping tu xdibuat ke atas semua player (TRW & JDT) yg nk main Piala FA hari tu..pilih rawak2 je,mcm saje je FAM nk cari salah..Sebnrnya dlm sukan & kesihatan xsesuai kenyataan positif dadah..gagal ujian doping adalah kenyataan yg paling sesuai..dlm ubat-ubatan,supplement mmg terdpt dadah, bezanya sikit @ byk shj kndungan benda alah tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>