Mat Yo tidak akan kembali bersama Kelantan

Final Piala Malaysia 2014 - mat yo gagal penalti

Pasukan Kelantan bakal membawa pulang kembali beberapa bekas pemain bintang mereka untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Apabila menyebut pasukan juara treble 2012, nama-nama seperti Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Nurul Azwan Roya antara pemain yang menjadi watak utama.

Khabar angin sudah bertiup kencang mengatakan ada antara pemain tersebut akan kembali ke Kelantan, bagaimanapun setakat hari ini hanya Nor Farhan sahaja yang hampir pasti mengesahkan kepulangannya, selepas mencuba nasib dengan pasukan jiran, Terengganu.

‘Posting’ Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya malam tadi sedikit sebanyak menguatkan lagi desas-desas ini.

Menurut Annuar Musa, Indra dilihat nama yang mungkin akan pulang ke Kota Bharu, bagaimanapun tidak buat Mat Yo.

“Tahniah Pahang…banyak cerita dari final ini yg saya tonton “sebelah mata”….namun fikiran saya ke tahun 2015… Mat Yo tidak.. Indra mungkin..? Seorang lagi top scorer mungkin.. Apa pun ambo (saya) masih terlantar dan inshallah seminggu dua lagi sihat laa..Semoga semua lena tidur selepas final yang menarik.. Road to Bukit Jalil 2015…!!!!!”.

Sebelum itu, dalam posting yang sama Annuar Musa turut membayangkan bahawa pemain Nigeria, Ighidaro turut akan membarisi pasukan Kelantan musim depan: “Terima call dari Nigeria, Ighidaro tetap bersama Kelantan.”

– Stadium Astro

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>