Terengganu sedia hadapi PKNS

Terengganu vs PKNS
Liga Super | 8 Februari 2012
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Terengganu vs PKNS FC Liga Super 2012KEMENANGAN yang dilakarkan Penyu dalam empat perlawanan berturut-turut dijadikan pembakar semangat buat barisan Mat Zan Mat Aris apabila menerima kunjungan PKNS dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Namun, di sebalik kejayaan itu, pemain sentiasa diingatkan tidak ambil mudah keupayaan lawan yang turun dengan bersemangat untuk mencuri tiga mata dan memperbaiki kedudukan carta.

Mat Zan berkata, rehat seminggu cukup berharga buatnya untuk memperbaiki dan memperkemaskan bahagian tengah dan serangan yang kurang serasi dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Melihat kesungguhan dan keserasian pemain dalam latihan membuatkan saya yakin kami sudah sedia menghadapi PKNS malam esok (malam ini),” kata Mat Zan yang menyifatkan kemenangan ke atas pasukan kelab itu sebagai medan terbaik sebelum bertandang ke Kota Bharu untuk berdepan juara bertahan Kelantan pada aksi ketujuh liga nanti.

Kehadiran semula dua pemain skuad Olimpik kendalian Ong Kim Swee, Muslim Ahmad dan Zubir Azmi tanpa sebarang kecederaan juga melegakannya.

“Sebelum menurunkan dua pemain ini, saya akan menilai dulu tahap kecergasan mereka kerana bimbang mereka masih keletihan.”

Ditanya kecederaan dialami ayam tambatan import, Francis Forkey Doe ketika bertemu Lions XII baru-baru ini, Mat Zan berkata, kecederaan pangkal paha penyerang Liberia itu tidak serius dan sudah pulih sepenuhnya.

“Saya menghormati PKNS, juara Liga Perdana musim lalu yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim, malah kombinasi pemain tempatan dan import mereka mampu memberi ancaman kepada Terengganu,” katanya. — BH

Terengganu vs PKNS 08.02.2012

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>