KHABAR kurang gembira diterima Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) apabila beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) dikatakan berminat untuk memancing penyerang sensasi skuad Penyu, Francis Forkey Doe.
Desas-desus itu timbul ekoran prestasi luar biasa yang dipamerkan pemain kelahiran Liberia itu yang kini telah meledak lima gol dalam kempen Liga Super termasuk menyumbang satu gol ketika Terengganu membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 pada aksi Piala FA minggu lalu.
Menjawab persoalan tersebut, Timbalan Presiden PBSNT, Sheikh Ahmad Tajuddin Syeikh Yusof hanya menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin yang tidak berasas dan tidak boleh dipercayai.
Katanya, spekulasi seperti itu juga sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan suasana tidak selesa dalam skuad Terengganu yang dikendalikan Mat Zan Mat Aris.
“Kadangkala pihak ini sengaja mahu mengganggu fokus pemain kita sedangkan perkara itu tidak wujud.
“Kita ada peraturan dan setiap pemain import bila bermain di peringkat ASEAN dan berhenti daripada menyertai mana-mana pasukan, maka dia tidak boleh menyertai mana-mana pasukan dalam Malaysia,” katanya semalam.
Selain Doe, Terengganu turut menggunakan seorang lagi pemain import dari Brazil, Erison Da Silva Santos Carnietto yang boleh beraksi di posisi tengah dan pertahanan.
Mengulas lanjut, Sheikh Ahmad Tajuddin mengakui, Doe merupakan seorang penyerang yang mempunyai naluri kuat sebagai seorang penjaring.
“Sejak dari awal musim lagi kita sudah lihat kehebatan Doe, terutamanya dalam menjaringkan gol dan dia adalah antara watak yang banyak membantu pasukan meraih kemenangan,” ujarnya.
Untuk rekod, Doe, 26, sebelum ini bermain untuk kelab Al-Ahly dalam Liga Mesir dan pernah menyarung jersi New York Red Bulls dan Minnesota Thunder sebelum berhijrah ke DC United dalam Liga Bola Sepak Utama Amaerika (MLS).
Di pentas antarabangsa, dia turut meledak empat gol dalam 15 penampilan bersama skuad kebangsaan Liberia.
Sheikh Ahmad Tajuddin turut menjelaskan, pihak persatuan sentiasa memantau gerak laku setiap pemain dalam pasukan Terengganu bagi memastikan mereka tidak terperangkap dalam sebarang bentuk kegiatan rasuah atau mengatur perlawanan.
Katanya, langkah berkenaan dibuat bagi memasti- kan pasukan Terengganu bersih daripada sebarang fitnah dan tuduhan yang berkait dengan rasuah.
“Ini tidak bermakna kita menyekat kebebasan pemain tetapi ia adalah sebagai langkah awal dalam usaha PBSNT untuk membendung kegiatan mengatur perlawanan,” ujarnya. — Kosmo

Related posts
- Kejadian lampu limpah SSINS padam tak patut berlaku - MB
- Selangor kembali di puncak liga
- Video Lions XII 0-1 Terengganu [Liga Super 2012]
- Video: Terengganu vs Felda United
- Kelantan kembali rampas takhta Liga Super
- Piala FA 2011: Bukan rezeki Kelantan
- Peluang Pahang belum tertutup
- Piala FA: Kedah, Sime Darby iringi finalis 2011 ke separuh akhir
- Hadi Yahya tidak sabar akhiri kemarau gol
- FAM lanjut daftar pemain import hingga 13 Februari


salam, setahu kawe pemain import liga M klu nk main team lain liga M kena cooling period dulu, betul ko? maknanya, sapa2 pun xleh nk ambk dia dari tgganu la klu gini gak.. sapo hok reka cito ni pulop?? huhuhuu..
mcm la sdap sngat main si dol tu…