KELANTAN mencipta sejarah dalam kancah bola sepak Malaysia apabila muncul Juara Liga Super buat pertama kali selepas menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.
Kedua-dua gol Kelantan dijaringkan penyerang berbisa Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha.
Hasil kemenangan ke atas Sabah menyaksikan skuad The Red Warriors mengutip mata keseluruhan 56 mata sekaligus melengkapkan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super buat pertama kali dalam sejarah pasukan itu.
Penguasaan dan percaturan yang dilakukan oleh ketua jurulatih Kelantan, M. Karathu nyata membuahkan hasil apabila penguasaan dan corak permainan yang lebih memihak kepada Kelantan sepanjang aksi 90 minit.
Namun, Sabah tidak memberi laluan mudah kepada The Red Warrior apabila mempamerkan peningkatan pada separuh masa kedua.
Usaha pasukan tuan rumah membuahkan hasil apabila berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Razlan Oto yang melepaskan rembatan menarik untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat akibat kekalutan di dalam kotak penalti.
Kebangkitan para pemain Sabah agak terlewat dan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat 90 aksi permainan.
Dalam perlawanan lain, pencabar terdekat Selangor pula gagal mengutip kemenangan selepas sekadar seri 0-0 menentang Perak di Ipoh sekaligus melenyapkan peluang mereka untuk ditabal selaku juara musim ini.
Kasut Emas musim 2011 Liga Super pula menjadi milik pemain penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya selepas membantu penyu membelasah Felda United 6-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Selepas tamat 26 perlawanan Liga Super, Kelantan mengumpul 56 diikuti Terengganu (53 mata) dan Selangor (52 mata).
Video: Sabah vs Kelantan | 6 Julai 2011
Video: Gol Pertama Norshahrul Idlan Talaha
Video: Gol Kedua Norshahrul Idlan Talaha
Kelantan Juara Liga Super 2011
Related posts
- Kelantan kukuh di persada liga
- Final Piala FA: Kelantan timbang cuti peristiwa
- Norshahrul wira Red Warriors
- Kelantan terus kempunan mata penuh
- Terengganu, Selangor menang selesa
- Jadual Suku Akhir Piala FA 2012
- Video: Kelantan 2-0 Kuala Lumpur
- Khairul Fahmi jadi mangsa kekeliruan KAFA-FAM
- Kelantan juara baru Liga Super
- Norshahrul, Hadi buru penjaring terbanyak


gomo kelate gomo… kelate ttp d hati ku… gomo pialo malaysia plop sek kito…
[...] Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 [...]
[...] Kelantan Juara Liga Super 2011 (1) [...]
[...] Kelantan Juara Liga Super 2011 (1) [...]
[...] Kelantan Juara Liga Super 2011 (1) [...]
thniah awok2 kltn..