Kelantan vs Negeri Sembilan
Liga Super 4 Mac 2012
LIVE Astro Arena, Kota Bharu
SELEPAS tersentak dengan kekalahan kepada Johor FC pada pusingan awal saingan Piala FA, barisan Negeri Sembilan diharapkan dapat kembali mempamerkan persembahan cemerlang sebaik saingan Liga Super bersambung, bertemu Kelantan di Kota Bharu, 4 Mac ini.
Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata pemain perlu melupakan kegagalan dalam saingan Piala FA dan kembali memberikan fokus kepada cabaran memastikan misi merangkul kejuaraan liga tidak tersasar.
Menyedari cabaran lebih sengit bakal dihadapi selepas ini, beliau menggunakan tempoh rehat sepenuhnya untuk memantapkan lagi kekuatan skuad bimbingannya itu sekali pun tanpa empat pemain menbabitkan Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan, G Mahathevan dan Ahmad Shakir Md Ali, yang bersama skuad kebangsaan.
“Setakat ini latihan dan persiapan pasukan berjalan lancar sekali pun tanpa empat pemain itu, malah pemain import terbaru, Marian Farbak juga sudah menunjukkan persefahaman yang baik dengan pemain lain,” katanya.
Kedua-dua pasukan sudah bertemu pada aksi Piala Sumbangsih di awal musim 2012 yang dimenangi Negeri Sembilan 2-1.
Video Negeri Sembilan vs Kelantan – Piala Sumbangsih 2012
Related posts
- Piala FA 2011: Kelantan 1-1 Selangor [full video]
- Kelantan catat sejarah lagi
- PBSNT naikkan harga tiket perlawanan Terengganu vs Kelantan
- Video Kelantan 1-1 Kedah [Separuh Akhir Piala FA 2012]
- Video Arema Indonesia 1-3 Kelantan [AFC Cup 2012]
- Kelantan sedar tugas berat di Likas
- Liga Super 2011: amaran awal Kelantan
- Video Gol Free Kick Zairul Fitree [Perak vs Kelantan] Liga Super 2012
- Video Prebiu Liga Super 2012 Match #6
- 'Kereta kebal' kembali perkuat Red Warriors

