Azraai anggap Negeri Sembilan ‘pasukan pelawat’

Kelantan vs Negeri Sembilan | Piala Sumbangsih 2012

  • Piala Sumbangsih 2012
  • Kelantan vs Negeri Sembilan
  • Stadium Nasional Bukit Jalil
  • 7 Januari 2012, LIVE TV1 / Astro Arena 8.45 mlm

PENGENDALI pasukan Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah tidak merasakan pasukannya memiliki kelebihan berbanding juara Liga Super, Kelantan menjelang sepak mula aksi Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) yang membuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Meskipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa membuat perubahan venue tersebut pada saat-saat akhir berbanding Stadium Muhammed Ke-IV di Kota Bharu sebelum ini gara-gara masalah cuaca, Azraai begitupun kekal merendah diri dan merasakan Sang Rusa sebenarnya ‘pasukan pelawat’ dalam perlawanan itu nanti.

“Kita sudah sedia maklum bahawa Kelantan sememangnya mempunyai penyokong yang begitu ramai di seluruh negara.

“Jadi, saya tidak merasakan ia suatu kelebihan buat kami. Yang pasti, kami akan berjuang habis-habisan bagi menjulang Piala Sumbangsih buat kali pertama,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang memberitahu bahawa perubahan venue itu dibuat ekoran musim tengkujuh di Kelantan ketika ini, dan ia telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

Begitupun menurut beliau, harga tiket – RM15 bagi tempat duduk terbuka dan RM30 bagi tempat duduk utama (grandstand) – tarikh dan masa perla- wanan iaitu pukul 8.45 malam kekal tidak berubah.

Untuk rekod, Sang Rusa yang muncul juara Piala Malaysia 2011 masih kempunan mendakap Piala Sumbangsih meskipun berpeluang sebanyak dua kali sebelum ini apabila tewas kepada MPPJ dan Selangor pada 2004 dan 2010, manakala Kelantan pernah menjulang piala itu sebaik mengecewakan Gergasi Merah dengan keputusan 2-0 di Shah Alam musim lalu.

Mengulas lanjut kata Azraai, beliau yakin anak-anak buahnya bakal memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti meskipun kehilangan tonggak import, Marquen Nuquen Goncalves yang tidak layak diturunkan gara-gara tidak menepati kriteria yang ditetapkan FAM sebelum ini.

Sekadar mempertaruhkan pemain- pemain muda bagi mengharungi saingan Liga M musim ini, Azraai begitupun kekal optimis bahawa beberapa pemain berpengalaman seperti Mohd. Shukor Adan, Idris Karim, Norhafiz Zamani Misbah, Shahurain Abu Samah, S. Kunanlan, Mohd. Farizal Marlias serta pemain import dari Cameroon, Jean Emmanauel Effa Owona mampu memberikan cabaran kepada The Red Warriors.

“Walaupun ia tidak memberikan sebarang mata, saya tidak memandang mudah aksi Sumbangsih yang dilihat menjadi tonik semangat terbaik pasukan saya jika menang ketika berdepan Selangor bagi aksi sulung Liga Super di tempat sendiri tiga hari selepas itu.

“Senang cerita, kedua-dua perlawanan itu sama penting buat saya, asalkan Negeri Sembilan menang,” katanya. — Kosmo

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>