Amri, Bunyamin digantung tiga perlawanan kasari Ghaddar

Amri, Ghaddar, Bunyamin

  • Amri dan Bunyamin turut didenda RM1,500 seorang
  • Mohammed Ghaddar dibicara berasingan pada 10 Ogos

DUA pemain Selangor, Bunyamin Umar dan ketua pasukannya, Amri Yahyah digantung tiga perlawanan serta denda RM1,500 selepas mengaku bersalah berkelakuan ganas dan tiada semangat kesukanan terhadap pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar ketika saingan Liga Super baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Bunyamin tidak hadir ke perbicaraan tersebut kerana kini bersama skuad kebangsaan menjalani latihan di Austria.

Amri sebelum ini berkata: “Bola sepak adalah sukan yang penuh emosi dan banyak perkara boleh berlaku. Digantung tiga perlawanan mungkin memberi kesan kepada Selangor dalam saingan Piala Malaysia.”

Hukuman gantung tiga perlawanan dan denda ke atas dua pemain berkenaan akan berkuat kuasa apabila bermulanya saingan Piala Malaysia 2012.

Amri Yahyah dan Bunyamin tidak akan beraksi dalam tiga perlawanan pertama Piala Malaysia yang akan bermula 22 Ogos ini.

Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang lebih tiga jam, yang turut menetapkan bahawa kedua-dua pemain tersebut tidak boleh mengemukakan rayuan.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak yang berkata, hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati kedua-dua pemain menghantar Borang A iaitu mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Bagaimanapun katanya, perbicaraan Mohammad Ghaddar yang dituduh di bawah akta yang sama akan dibicarakan pada 10 Ogos.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

22 Responses to Amri, Bunyamin digantung tiga perlawanan kasari Ghaddar

  1. Selepas ini tajuk Sokernet “Ghadar digantung 3 perlawanan kerana membiarkan dikasari Amri dan Bunyamin”

    • Aku rasa ghaddar tak kena 3 game tapi 6 game kerana sekolah undang undang fam kata org memukul kena 3 game tapi yg kena pukul jadi 6 game. Kalu menyumpah macam coach pahang tak kena apa apa sebab tiada fizikal contact. Undang nii akan berubah selepas presiden masuk sekolah semula kalu tak masuk tak berubah leeeeeeeeeeee.

    • Kawe raso tajuk yg sesuai adalah “Ghaddar digantung seumur hidup kerana melakukan kelucahan melampau dengan membenarkan Amri memegang telurnye”

  2. Aku rasa pong gitu jugak. Nak kasi pengkritik senyap sekejap. Pastu depa balik peel lama depa yg tak profesional tu. Elok lah kalau FAM ni dibubarkan sekali dengan BAM.

  3. Hukuman ni sekadar mahu menutup kritikan slpaskhoo kay kim ckp pegawai FAM patut di hntar semula kesekolah krn xmemahami undang2 yg mereka sndiri cipta

  4. Semoga hukuman spt ini menjd pengalaman berguna kpd semua pemain..yg bersalah tetap salah & layak terima hukuman. Andai Ghaddar pun bersalah,dia pun wajar kena tindakan. Yg penting tindakan & hukuman kena adil & telus..sekian..selamat berbuka..

  5. Afrinooooor kajang

    Amri 3 game + Bunyamin 3 game = Misi 33..hahhaha!! geli hati aku, malu nak ngaku anak selangor..adeiii

  6. along tok'uban kelate..

    yg penting semangat kesukanan…x kira negeri mana utk kebaikan bola sepak malysia..

  7. Klakar tol tngok muke taufik bler die wat press confrnce nak gtaw sal menda ni…cam takt2 ja nak gtaw hukumannyer menda!!!!!!! Apapun keadilan terlaksana gok or ‘there something on FAM minds’…..dont know beb!!!! hehehehehehehe….

  8. puihhhhhhhhhhhh !!!

  9. Hukuman dah jelas…..yg bersalah tetap dihukum!!!! Ternyata kenyataan akhbar yg membela mereka x membantupun. Tunggu bicara ghaddar cmne????

  10. 3 games je gantung….amri tue patut 6 games…pukul telo gadar….hamidin ko nak gantung gadar berapa banyak games….cer cite cer cite

  11. lawak fam :
    berita dr fam taufiq dilucutkan jawatan kerana menghukum amri dan bunyamin…

    • Midin: kenapo ko hukum anak buah aku fik?kan dah janji nak lepas diaorang berdua!
      Taupik: sori la bro midin,lepas Frof KKK caakap kita kat FAM kena masuk sekolah smula, aku gi la blajar smula.rupanya ni la hasil aku selepas kena torture ngan cikgu.
      Ko tu din bila nak masuk sekolah semula?ajak la presiden sekali.
      Midin: ah!apa skolah2 ni,nanti aku report kat presiden suruh pecat ko.
      Taufik : adu laa… ada aku kesahhh…
      Midin: eee…geramnya… nampak gaya aku jugak kena masuk sekolah..(tp masalahnya aku ni srp pun tak brape nak lepas…nanti bocor rahsia aku ni lembab,…
      (FAM humours)

  12. semoga ini memberi pengajaran kepada semua pemain

  13. Takan melayu hilang di dunia
    Takan maju bola sepak Malaysia

  14. DIA ORANG ANTI KELANTAN BIASALAH! TAMBAH PULAK HATI BUSUK BAK BUSUNG BERNANAH TANDA AWAL AHLI NERAKA!!!!

  15. asyik lawan gaduh ja…..baik masuk arena gusti pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>