PASUKAN yang bersaing dalam Liga Malaysia dibenarkan menggunakan khidmat dua pemain import mulai musim 2012.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagaimanapun berkata terdapat beberapa klasifikasi bagi pemain import untuk menjaga kualiti pasukan yang disertai.
Katanya pemain import dari negara-negara Asean dan yang bernaung di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mestilah pemain dari divisyen satu manakala dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika pemain perlu sekurang-kurangnya dari divisyen dua.
“Pemain import yang kini beraksi dalam Liga Singapura, Indonesia dan Thailand tidak dibenarkan diambil dalam tempoh dua tahun ini,” katanya kepada pemberita petang tadi.
Tengku Abdullah berkata penggunaan pemain import bagaimanapun bukanlah wajib dan terbuka kepada persatuan yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja.
Pemain-pemain import mula beraksi dalam Liga Malaysia pada Liga Semi Pro 1989 sebelum FAM pada Ogos 2008 mengambil tindakan menamatkan khidmat mereka sejak 2009.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pula berkata dua pasukan tercorot Liga Super musim ini, Pahang dan Perlis, akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan.
Juara dan naib juara Liga Perdana, Selangor PKNS dan Sarawak, pula dinaikkan ke Liga Super bagi musim 2012.
“Saingan Liga Super musim depan masih kekal dengan 14 pasukan.
Tempat Harimau Muda A akan diganti oleh pasukan dari Singapura, The Young Lions,” katanya.
Perjanjian kerjasama antara FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura menyaksikan Harimau Muda A akan bersaing dalam Liga Singapura manakala “The Young Lions” akan beraksi pada liga elit Malaysia, Liga Super, bermula musim depan.
Related posts
- FAM disaran bincang secara baik dengan PBSNT
- Bola sepak Malaysia masih dilanda rasuah?
- FAM boleh dikritik: Tengku Abdullah
- Siapa pula mangsa statut kuno FAM seterusnya..?
- Annuar Musa digantung 2 tahun 6 bulan
- FAM lanjut daftar pemain import hingga 13 Februari
- Import Terengganu hanya boleh beraksi Piala AFC bukan Liga Super
- Azraai hopes to see Harimau Muda play in S-League
- FAM belum putuskan siar nama 18 pemain terlibat rasuah
- Azuddin akui kesilapan surat pekeliling FAM


selamat datang pahang ke liga perdana… semoga gembira disana.. kpd mat cah pade muka
patutnya pahang lama dah bungkus masuk liga perdana.. sket2 ada jer tangan tolong.. kalu kali nih tak masuk juga liga perdana .. dok tahulahhhh ..kira tokleh pakai lahhh liga malaysia nihh
Yessssssssssssss …. Pahang masuk liga perdana. Masuk kat sana lama skett.. hahahhaa
akhirnya, pahang turun ke liga perdana..
jap gna import.jap x leh gna..pas ne dh abes musim kluar syarat baru lak.ayo…krutusan mcm bdasarkn nasib pasukan tertentu je..pehal
FAM x pernah boleh ditegur dan dikritik…siapa berani terimalah padah dikenakan tindakan. sedangkan semua maklom tindakan dan keputusan FAM x pernah konsisten dan walaupun silap atau salah mengambil tindakan terpaksa diterima dan telan oleh semua.Contoh dh byk pegawai kena ditindakan malah sampai dipecat dr jawatan. Kalau mcm ni lah sikap FAM bola sepak Malaysia ni APA PUN X BOLEH x yah lah nk wat program sampai kelangit pun sia2 jer……
Kenapa kena ada pemain import????? Pemain import hanya nak duit…nanti bersepah rasuah…..!!! pemain dalaman belambak yang boleh diasah…. FAM pun rasuah la tu… menyampah!!!
FAM ni babi!! dl kata boleh, pastu x boleh.. skejap2 bertukar..pdhal pemain import tu, duit gaji masuk poket FAM..mcm man power jgk.. pagang tu mcm cibai, disebabkan bagunda tu org pahang..smpai kiamat main kt liga super